TV ALHIJRAH LANCAR KEMPEN RAMADAN DAN SYAWAL, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk Ramadan. Kini TV Alhijrah tidak mahu ketinggalan juga untuk turut serta.

RAMADAN DIBERKATI, SYAWAL DIRAI

Kempen Ramadan dan Syawal 1443H di stesen ini berkonsepkan Islam. Mendokong tema Ramadan Diberkati, Syawal DiRai.

Selain itu, konsep #KongsiRezeki diterapkan dalam semua fokus utama untuk tahun ini.

Inisiatif teras menjadi denyut nadi dimana 20 rancangan istimewa pelbagai genre bakal disiarkan. 11 bakal di Ramadan dan bakinya 9 untuk Syawal.

PROGRAM RAMADAN

Antara program Khatam Al-Quran Perdana, Solat Tarawih Dari Mekah, My#QuranHour, Khilaf Ngaji On The Go Kids, Ittabiouni dan Assalamualaikum Sahur.

Menarik-nya ada program memasak Camca, Senangnya Memasak bersama Ayam Perap Makmur Gold dan lain lagi.

Drama seperti Saranghae, Cinta Ilmu Ramadan, Kaunter Netizen jua Majlis Ayah.

UNTUK SYAWAL

Mood Syawal diceriakan dengan sajian rancangan Hijrah Berselawat Syawal dan Haflah Syawal.

Drama dan telefilem seperti Sitkom Tau Tau Dah Raya, Wanita Syurga Raya, telefilem Syawal Yang Hilang, Hijrahkan Laguku Reunion Raya jua filem Mars.

HIJRAH PRIHATIN SKUAD BUBUR LAMBUK

Tidak meninggalkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat [CSR], kempen Ramadan iaitu Hijrah Prihatin Skuad Bubur Lambuk 2022.

Dengan tema Dakwah Melalui Frontliner penambahbaikan dilaksanakan tahun ini. 20 buah Harley Davidson akan turun padang ke Johor dan Pahang untuk menyatuni masyarakat.

Bukan setakat edar bubur lambuk, bakal mengimarahkan masjid dengan aktiviti qariah setempat.

Antaranya, gotong royong membersihkan masjid, infaq rezeki Hijrah Prihatin dan lain lain. Edaran bubur lambuk di Lembah Klang akan ada juga seperti tahun sebelum ini.

KATA EN NAMANZEE

“Ayuh bersama-sama kite jadikan TV AlHijrah sebagai stesen pilihan no 1 seisi keluarga. Juga sebagai ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan di akhirat kelak.

APPLIKASI ALHIJRAH APPS

Boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store secara percuma. Jika muat turun sekarang akan mendapat keahlian Premium secara automatik

Website | Facebook | Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge