DERITA DIBERHENTIKAN KERJA BERAKHIR, DAPAT BUAT JUALAN RM1.7 JUTA SEBULAN | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ni KP nak share satu kisah kejayaan ibu kepada 4 orang anak ini yang berjaya buat jualan sebanyak RM1.7 juta sebulan. Memang power dan KP pun teruja bila tahu ibu ini berjaya buat jualan banyak macam tu.
BUAT JUALAN RM1.7 JUTA BUKAN SATU PERKARA MUSTAHIL
Siapa sangka, keputusan Puan Eina Aziz untuk buat bisnes dengan Eskayvie adalah satu keputusan yang tepat. Dengan tanpa modal, Puan Eina boleh buat duit RM1.7 juta sebulan!
TERDUDUK APABILA BOS BAGI PILIHAN UNTUK AMBIL VSS
Untuk pengetahuan anda, Puan Eina ni telah diberhentikan kerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta dan ketika itu Puan Eina mempunyai komitmen yang tinggi. Dulu selesa makan gaji.
Setiap bulan tak pernah risau sebab hujung bulan dapat gaji. etapi apabila majikan tawarkan Voluntary Separation Scheme (VSS), terduduk jugalah memikirkan macamana cara nak bayar semua komitmen tu. Duit VSS yang diterima tu tak banyak mana kerana Puan Eina baru bekerja di syarikat tersebut.
Anak sulung daripada 6 beradik ini juga memikul tanggungjawab besar untuk menjaga kebajikan mak yang tersayang. Selain itu, ibu kepada 4 orang anak yang semakin meningkat dewasa ini turut menyimpan impian untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.
BETUL KE JADI FOUNDER PRODUK SENANG JADI JUTAWAN?
Pada mulanya Puan Eina nak jadi founder produk sebab kata orang, senang nak jadi jutawan. Tapi, selepas buat kajian lebih mendalam. Susah sebenarnya nak jadi founder.
Kena ada ilmu pemasaran dan jualan, modal kena besar selain perlu ada kedai dan gajikan pekerja. Sedangkan Puan Eina ini tak ada pengalaman langsung dalam berniaga.
“Saya tertarik untuk sertai Eskayvie sebab produknya yang berkualiti. Ia diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang memastikan setiap bahan dan sukatan yang digunakan adalah bersesuaian mengikut keperluan individu.
Setiap produk yang dihasilkan akan melalui penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh demi memastikan ia memberi manfaat terbaik kepada pengguna” Kata Puan Eina.
TIDAK PERLU MODAL UNTUK BERNIAGA DENGAN ESKAYVIE
Paling best, nak sertai Eskayvie Nexus pun tak perlukan modal yang besar. HQ sediakan banyak latihan pemasaran dan jualan bagi membantu orang yang tak ada pengalaman macam Puan Eina untuk mulakan langkah dan berjaya dalam bisnes ni.
“Sekarang ni lebih mudah sebab semua HQ yang buat. Saya tak perlu simpan stok dan tak perlu bersusah payah keluar hantar barang kepada pelanggan.
Semuanya di hujung jari saja sambil duduk rumah pantau PDPR anak tanpa perlu saya bergerak ke mana-mana,”
-kata Puan Eina yang kini menjalankan bisnes Eskayvie Nexus bersama suami yang sentiasa menyokong usahanya.
BANYAK IMPIAN YANG TERCAPAI
Banyak impian Puan Eina yang sudah tercapai sejak sertai Eskayvie. Bukan saja bebas kewangan dan dapat berikan apa saja kepada anak-anak dan keluarga.
Malah Puan Eina juga berpeluang melancong ke luar negara yang tak pernah terfikir pun boleh sampai. Semuanya ditanggung oleh Eskayvie.
Impian ibu ini nak hantar anak sambung belajar di universiti yang terbaik pun dah tercapai. 2 anaknya dapat sambung belajar di universiti luar negara dan tempatan.
Semua tu perlukan duit tapi Puan Eina dah tak perlu risau sebab bonus Eskayvie je cecah 5 angka. Puan Eina juga bersyukur sangat sampai sekarang tak pernah ‘miss’ bagi duit belanja kepada emak setiap bulan. Seronok sangat!
Sokongan padu daripada HQ telah membawa Puan Eina mencapai banyak impian. Kelebihan sistem Eskayvie Nexus yang telus ini memberikan keuntungan sehingga 40% melalui Komisyen, Bonus dan Reward.
Ia sangat membantu setiap usahawan mencapai pendapatan impian sehingga 6 angka. Semuanya boleh dibuat dari hujung jari saja guna telefon pintar atau laptop. Bisnes boleh berjalan lancar di mana saja anda berada asalkan ada data internet.
KP sangat sarankan mereka yang hilang pekerjaan dan sedang tercari-cari peluang pendapatan untuk sertai Eskayvie Nexus ini. KP pun macam teringin nak join.
Tak rugi pun cuba sebab tak perlu keluar modal. Mana tahu boleh buat jualan juta-juta juga macam Puan Eina ni.
ESKAYVIE DIFFENZ INOVASI TERKINI DARIPADA CENDAWAN SUSU HARIMAU
Baru-baru ni, Eskayvie ada keluarkan satu produk inovasi terkini daripada Cendawan Susu Harimau iaitu Eskayvie Diffenz yang jadi rebutan pengguna dan telah terjual lebih 500,000 botol. Kajian mendapati Cendawan Susu Harimau ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan paru-paru.
Mereka yang ada sistem imun yang lemah dan masalah terhadap kesihatan paru-paru sangat sesuai untuk ambil Diffenz ni.
Di musim pandemik ini, kita sendiri tahu bahawa sistem imun dan kesihatan paru-paru sangat perlu ditingkatkan agar tidak mudah dijangkiti virus yang boleh membawa maut.
Puan Eina pun bekalkan anak-anaknya dengan Diffenz sebab nak lindungi mereka yang masih belum layak untuk terima vaksin.
KELEBIHAN SEBAGAI USAHAWAN ESKAYVIE NEXUS
- Tiada Modal
- Yuran Pengaktifan Rendah
- Komisen Pengenalan, Komisen Jualan sehingga 40%, Bonus
- Tidak Perlu Pegang Stok & Penghantaran diuruskan Eskayvie
- PERCUMA: Latihan Jualan dan Pemasaran secara online dan offline bernilai lebih RM360,000 seorang
- Bimbingan professional oleh doktor perubatan, dietitian dan nutritionist
- Insentif kereta, rumah & royalti
- Sistem yang telus dan adil
Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021 bagi mencapai matlamat bebas kewangan serta bebas masa demi keluarga.
“Kita Ikhtiar untuk kesihatan diri dan bantu ekonomi keluarga”