Datuk Kathy & Datuk Rahmahjan Beri Bantuan Pada Artis Veteran & Asnaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Datuk Kathy & Datuk Rahmahjan Beri Bantuan Pada Artis Veteran & Asnaf | Datuk Kathy bukanlah baru dalam bidang hiburan. Kebiasaanya, Khadijah atau lebih mesra disapa Khaty selesa melakukan kerja kebajikan tanpa pengetahuan umum.

Datuk Kathy

Tangan kanan sedekah, tangan kiri tak tahu. Itulah prinsip yang digenggam erat penyanyi Ku Pendam Sebuah Duka, Datuk Khadijah Ibrahim selama ini.

Bantuan Buat Artis Veteran

Alhamdulilah. Pengagihan sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras, gula , tepung dan lain-lain serta wang sumbangan diberikan pada ahli Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM). Berlangsung di Dewan Rukun Tetangga Taman Datuk Senu

Kali ini bukan berseorangan tetapi dengan bantuan Datuk Rahmahjan juga. Idea penyerahan sumbangan dikongsikan oleh kakaknya yang juga pelakon veteran, Sophia Ibrahim

“Sebenarnya, saya dan Rahmahjan minta tolong Sophia untuk menyampaikan hasrat kepada Presiden PKAVM, Datuk Tumiran Mohd Kasdi. Minta untuk menyenaraikan nama penerima. Kebetulan Rahmahjan baru sampai dari Sabah.

Dia berhasrat untuk turut serta dalam  membantu artis veteran. Daripada situ, kami minta Sophia membantu.Kami hanya mengambil masa satu hari untuk membeli semua barang keperluan asas,”

Yang hadir cuma 50 artis veteran

Sepatutnya 100 artis veteran menerima sumbangan, tetapi hanya 50 orang sahaja yang datang. Mungkin ada yang kurang sihat atau sibuk. Insyallah kami akan menghantar sumbangan ke rumah selepas mendapat butiran alamat rumah.

Antara artis yang menerima sumbangan Norlia Ghani, Wan Maimunah, Normah Damanhuri, Mek Habshah, Normala Omar, Delimawati, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

Norlia Ghani sempat mengucap syukur apabila mendapat sumbangan seperti ini . Bersyukur kerana ada pihak sudi menghulur bantuan kepada artis veteran sepertinya.

Pemberian barangan keperluan asas ini insyallah dapat membantu meringankan bebanan dilalui oleh golongan veteran yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Berdoa dan berharap lebih ramai lagi yang sudi membantu artis veteran.

Penerima Asnaf 

Bukan setakat artis veteran saja yang menerima sumbangan. 50 penerim asnaf kawasan Sentul yang dikenal pasti pun menerimanya. Mungkin sumbangan ini tidaklah besar tetapi insyallah dapat membantu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka menggunakan sebagai bekalan, beberapa hari ini. Kami akan sedaya upaya membantu pada masa akan datang. Maklumat lanjut layari

Facebook 



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge