Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“Nannie, join tak Blogger’s Cullinary Challenge bersama US Potatoes. Best tu masak-masak bersama blogger and hadiah dia pun menarik juga?” tanya partner KP
“Nak join tapi takde partner camna tu? Siapa partner mu? Kalau takde apa kata jom partner sekali nak.. hahahah” balas KP pada partner KP
Hanya dengan berwhats app, kami berdua menjadi partner untuk Blogger’s Cullinary Challenge bersama US Potates. Dengan Whats App juga kami berkongsi pendapat masakan apa yang perlu di masak, resipi dan hidangan mahupun hiasan untuk pertandingan ini. Percaya ke tak percayalah bahawa zaman sekarang ini tanpa handphone mungkin Blogger’s Cullinary Challenge yang kami join tidak sempurna

Sedikit informasi tentang US Potatoes
US potatoes : Dari nama sahaja pastinya semua tahu yang kentang dari US a.k.a Amerika Syarikat memang terkenal. Ianya terkenal kerana kesegaran mahupun kualiti dijaga sebelum di jual ke luar. Biasanya restoran-restoran di luar akan menggunakan US potatoes dalam masakan mereka. Ada juga yang di rumah menggunakannya kerana inginkan kelainan dalam masakan.
Antara US potatoes yang ada
Selain yang di atas, US potatoes juga di gunakan untuk membuat kentang disejukbeku seperti jenama SIMPLOT

Chef Demonstrasi
Sebelum Blogger’s Cullinary Challenge bermula, salah seorang Chef di KDU telah membuat demonstrasi masakan buat para tetamu media yang hadir. Beliau membuat 3 masakan untuk semua

Inilah hasil masakan dari chef KDU 

Blogger’s Cullinary Challenge dengan US Potatoes bermula
Potatolicious : Kak Lily & Kak Ayu
Kitchen Warriors: Carol Lam dan partner
Jalapeno Hotties: Geozo Wong dan partner
Ivy dan Isaac
Sheray : Sherry Go dan Ayue Idris (Pemenang tempat ketiga)
Chikiboom : KP dan Khai
Yariba: Jocko dan Ridzwan
So High: Tommy dan Bowie
Patata: Tak sure sebab tak kenal
Sebelum di umumkan siapakah pemenang kami diberikan sijil penyertaan bagi setiap yang mengikuti Blogger’s Cullinary Challenge ini.Inilah partner KP untuk challenge ini.
Oh ye, Untuk para pemenang Blogger’s Cullinary Challenge, hadiah-hadiahnya ialahTempat Kedua : RM500 bersama trofi
Tempat Ketiga : RM300 bersama trofi
Inilah pemenang tempat kedua.
Cubit-cubit Potato Fritters di makan bersama Rendang Bujang
.Alhamdulilah walaupun tak berapa sihat pada hari itu dengan bantuan partner, kami berjaya menambat hati juri dengan resipi kami. Semuanya local dish ala- ala minum petang di Malaysia. Hasil resipi sendiri dan yang paling win RENDANG BUJANG hasil air tangan abg KHAI










