PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini bukanlah kali pertama diadakan dan selalu mendapat sambutan yang hangat.

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA

Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps telah melabuhkan tirainya.

Nama para pemenang telah diumumkan dan disaksikan oleh Zainudin Mohamad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar) Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tidak lupa juga dengan kehadiran dari Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

JUARA 2022

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka telah dinobatkan sebagai Juara setelah berjaya melepasi persaingan sengit di antara 100 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menghasilkan resipi sihat yang paling kreatif menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps. Hadiah pertama membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

“Tubuh badan yang sihat bermula dengan pinggan yang sihat. Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps adalah usaha yang baik bagi menerapkan tabiat pemakanan sihat pada peringkat awal kehidupan seawal sekolah menengah.

Ini adalah peringkat di mana mereka mula belajar dalam menyediakan makanan mereka sendiri.

Jadi, inilah masa terbaik untuk memperkenalkan mereka dengan Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan,” 

-Zainudin Mohamad.

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA

#ROLLINGHEALTHYWITHROLLUPWRAPS

Program ini #RollingHealthyWithRollUpWraps mendapat sokongan yang memberangsangkan dengan penyertaan daripada 100 buah sekolah menengah.

Seluruh Semenanjung Malaysia meliputi bahagian Sentral, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

OBJEKTIF UTAMA

Menurut Lavinia, objektif utama program tersebut adalah untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat di kalangan pelajar.

Dimana poster dan sepanduk tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat dipamerkan di sekitar perkarangan sekolah.

Ini juga sebagai peringatan kepada pelajar tentang tabiat pemakanan sihat.

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA

“Disamping penerapan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah, pihak Gardenia Roll-Up Wraps berhasrat dapat menggilap kreativiti para pelajar.

Ini sewaktu penghasilan resipi dan pada masa yang sama, meningkatkan kemahiran hidup termasuk kemahiran memasak dan kerjasama dalam pasukan,” 

– Lavinia.

MENCIPTA HIDANGAN BERKHASIAT

Setiap kumpulan terdiri daripada seorang guru yang mengiringi dua orang pelajar yang bekerjasama dalam mencipta hidangan berkhasiat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps.

Berdasarkan tema ‘Amalan Pemakanan Sihat’, peserta dikehendaki merekacipta resipi dan merekodkan proses penyediaan dalam bentuk video yang menarik dan dihantar bersama laporan untuk proses penilaian.

Bagi kategori individu, semua ahli sekolah menengah yang mengambil bahagian berpeluang menyertainya.

Peraturan dan garis panduan adalah sama dengan kategori berkumpulan akan tetapi berbeza dengan kategori individu.

Video untuk kategori individu perlu dimuat naik di media sosial dengan pautan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk melayakkan diri ke peringkat penilaian.

10 pemenang individu terpilih berjaya membawa pulang hadiah RM100 setiap seorang.

8 BUAH SEKOLAH BERJAYA KE PUSINGAN AKHIR

Lapan buah sekolah telah berjaya ke pusingan akhir Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps iaitu:

Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka.

Juga Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Terenggnu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis.

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Terengganu yang merangkul tempat kedua membawa pulang hadiah bernilai RM2,000.

PROGRAM AMALAN PEMAKANAN SIHAT GARDENIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis telah berjaya memenangi tempat ketiga dengan kemenangan RM1,500.

Disamping itu, 5 lagi sekolah yang telah berjaya mara ke pusingan akhir juga membawa pulang RM500 setiap kumpulan sebagai hadiah saguhati.

“Seperti semua program Gardenia yang lain, nilai murni diterapkan sepanjang program ini.

Kami sentiasa berhasrat untuk menyemai sebanyak nilai murni yang mungkin ke arah membentuk individu yang berperibadi tinggi dan generasi yang lebih sihat,” 

-tambah Lavinia.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge