CHAK’Z 1964 ANTARA TERBARU DI SURIA KLCC FOOD COURT BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali nie kite nak bawa jalan-jalan lagi . Jalan Jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur

CHAK’Z 1964

Kenapa 1964? Apa simboliknya? Ianya adalah tarikh kelahiran tuan punya outlet ini iaitu En Ahmad Kamal Zakaria. Diberi nama singkatan CHAK’Z.

Bukan setakat outlet, restaurant premium tetapi juga mempunyai ‘food truck’. Ada juga menyediakan khidmat katering untuk event, meeting mahupun majlis rasmi dan tidak rasmi.

Baru hari tu pi makan Ahh-Yum by Kampung Kravers, hari nie sambung lagi datang sini. Kali nie pilihan kami lebih pada hidangan barat. Western gitu.

Masih lagi di lokasi pilihan kami di Suria KLCC Signature Food Court , Kuala Lumpur.

Tak nak cerita lebih apa kata jom serbu nak!

ANTARA HIDANGAN DI CHAK’Z 1964

Kite datang berempat jadi pilihan makanan pun mestilah empat. Masing-masing ambil hidangan yang tak sama. Nanti boleh pakat cuba sorang sikit

Fried Medi Fishery.

Hidangan nie memang lain dari yang lain . Ikan yang digoreng sama macam fish and chips. Ikan yang digoreng diperap terlebih dahulu.

Disertakan dengan sepotong jagung bakar, kentang lenyek, sedikit salad dan bersama sos. Kalau biasa sos tartar kali nie digunakan mango salsa.

Makan panas-panas sekali dengan mango salsa, sedap wei. Manis manis pedas gitu

Mungkin kalau order untuk kids, boleh minta mango salsa tu asingkan. Jangan risau ada sos mayonis dan sos cili buat anda yang tak menggemari mango salsa

Beef Ribs.

Hidangan yang biasa kite akan order untuk kelainan. Rusuk daging lembu dipanggang. Daging yang dimasak lembut dan langsung tak liat. Guna garfu pun senang dicarik.

Disertakan dengan sepotong jagung bakar, kentang lenyek, sedikit salad dan bersama sos. Sos yang dihidangkan rasa macam sos BBQ tapi [semestinya ada sos ‘rahsia’ ditambahkan ].

Itu yang membuatkan sos nie lagi sedap. Bagi KP, kalau dapat daging nie letak kat roti buat sandwich, letak sos BBQ nie sure laku habis.

SIDE DISHES

Pasti ada yang tertanya side dish nie ini saja ke ? Tiada yang lain ke ?

Sebenarnya ada lagi diantaranya, grilled jumbo sausage, side garden salad , medi butter rice. Ada juga jagung bakar dan juga kentang lenyek

Lamb Hunter.

Peminat kambing! ini pastinya menu anda. Anggaran dalam 350gm potongan kambing dibakar . Kambing tak liat , terasa perapan pada potongan kambing.

Disertakan dengan sepotong jagung bakar, kentang lenyek, sedikit salad dan bersama sos pilihan. Kalau dapat sos pudina lagi best.

Ingat tau jangan makan bila sejuk, tak dapat menikmati ‘excitement’ rasanya.

Sos yang boleh dipilih seperti black pepper sauce, mushroom sauce, BBQ sauce dan peri-peri sauce.

Roasted 1/4 Chicken.

Nama roasted pastinya ayam yang dibakar diperap terlebih dahulu. Terbaik ye hirisan ayam bakar nie. Dapat pula dengan sos yang betul menjadi lagi kesedapannya.

Disertakan dengan kentang goreng[straight cut], dan coleslaw bersama sos pilihan. Sos boleh pilih tau tak yah risau.

Rupanya Chak’z 1964 nie bukan saja ada di Suria KLCC. Ada juga outlet di  Bukit Jelutong Shah Alam, Cyberjaya dan Langkawi.

⭐⭐⭐⭐ /5

Cuma di Bukit Jelutong ditawarkan hidangan premium. Pasti lagi sedap dan menarikkan! Layari

Website |Facebook | Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge