AWESOME RAJA LAWAK KEBANGKITAN PELAWAK BARU!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertandingan pencarian bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak versatil sekaligus mengangkat martabat genre komedi ke peringkat lebih tinggi.
EDISI TERBARU AWESOME RAJA LAWAK
Edisi terbaru kali ini seramai 14 peserta yang merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio bakal bersaing di pentas utama.
BARISAN PESERTA
Untuk solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. Manakala duo pula Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Untuk trio pula Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.
KATA DATIN EZZAN ZALILAH
‘Sebagai pemain baru dalam industri kandungan hiburan di Malaysia, strategi paling pantas untuk memikat hati audiens dengan memberikan keutamaan paling atas.
Agar ia dapat memastikan yang saluran Awesome TV senantiasa menjadi pilihan orang ramai.
Justeru, pihak Awesome TV ingin melakar inisiatif strategik dengan menganjurkan edidii terbaru program realiti komedi popular.
Awesome Raja Lawak bakal mencari pelapis pelawak angkatan baru yang relevan, berilmu dan serba boleh.
AWESOME RAJA LAWAK
Para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan sisi kreatif yang tersendiri. Mampu melonjakkan nilai jenama ke peringkat yang lebih tinggi.
Kelas bimbingan jika disediakan agar bukan sekadar tempelan sahaja.
KEHADIRAN NAMA BESAR
Kami berbesar hati mengalu0alukan kehadiran nama besar seperti Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat untuk kerusi juri tetap.
Barisan mentor pula terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu.
Chiwan Cilok dan Nizam Jentik-Jentik diberikan kepercayaan untuk mengemudi pentas utama dengan cara mereka tersendiri.
Semoga program ini bakal menjadi sebuah lagi testimoni cemerlang untuk saluran Awesome TV dalam menawarkan program hiburan beranika format khusus untuk seisi keluarga.
FORMAT PENJURIAN
Format diadili berdasarkan pemarkahan 70% oleh barisan juri professional dan 30% undian peminat secara onlin menerusi laman rasmi Awesome TV. Peserta yang mendapat markah keseluruhan yang terendah akan disingkirkan