PENTAS MARHABAN BAKAL SAKSI 12 KUMPULAN BERTANDING, AWESOME!

PENTAS MARHABAN BAKAL SAKSI 12 KUMPULAN BERTANDING, AWESOME!| Jarang kite dengar ada program realiti untuk marhaban. Kini bakal diadakan secara langsung di platform TV.

TV ALHIJRAH

TV AlHijrah menguatkan kedudukan stesennya sebagai agen penggerak dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program realiti TV berjudul Pentas Marhaban.

PENTAS MARHABAN

Pentas Marhaban adalah rancangan hiburan realiti TV Islamik bertujuan mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam. Antaranya seni berzanji, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen.

TV AlHijrah senantiasa memposisikan kedudukannya sebagai agen penyebar dakwah yang memikul tugas fardu kifayah dalam mendidik masyarakat Malaysia khususnya.

PENTAS MARHABAN

“Selepas kejayaan rancangan realiti Hijrahkan Laguku pada tahun 2021 dengan pencapaian keseluruhan (screen view) sebanyak 1.7 juta penonton.

Manakala rancangan realiti Akademi Qurra’ pada tahun 2022 dengan pencapaian keseluruhan (screen view) sebanyak 4.4 juta penonton.

Kami perlu konsisten menghidangkan rancangan hiburan kekeluargaan mengikut syarak.

DUDUKI TANGGA LIMA TERATAS

“Tambah pula, baru-baru ini mengikut laporan data AC Nielson, TV AlHijrah terus memenangi hati penonton.

Berjaya melonjakkan jumlah tontonan peratusan perkongsian saluran (channel share) sehingga menduduki tangga lima teratas (top five) stesen tv terbaik di Malaysia.

Sekaligus mengatasi saluran hiburan di negara ini.

PENTAS MARHABAN

TERUS BERJUANG

“Kejayaan ini adalah penanda aras buat stesen tv kami untuk terus berjuang mengangkat martabat program-program yang bersifat spiritual dan Islamik ke mata dunia, insya-Allah.

Peningkatan yang baik ini juga adalah petanda baik bahawa rancangan Pentas Marhaban yang akan diterbit dan disiar secara langsung ini bakal menjadi fenomena di dalam dunia penyiaran.

AKTIVITI BERZANJI DAN MARHABAN

Dalam pada itu, Namanzee juga teruja kerana TV AlHijrah merupakan satu-satunya stesen televisyen negara yang mengangkat aktiviti berzanji dan marhaban.

Ianya menjadi amalan tradisi masyarakat melayu dalam majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan cukur jambul ke kaca televisyen dan seluruh medium penyiaran sebagai program realiti.

PENTAS MARHABAN

PENUHI METODOLOGI DAKWAH

“Pentas Marhaban diterbitkan bagi memenuhi metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Malaysia MADANI, Pelan Transformasi Al-Falah, peredaran zaman.

Juga kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak. Ini secara jelasnya akan mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang dari aspek spiritual dan fizikal,” 

– TV AlHijrah, Namanzee Harris selaku Ketua Pegawai Eksekutif

SIARAN LANGSUNG

“Pentas Marhaban akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 11 November akan datang,” 

Tambah beliau, Pentas Marhaban akan mengangkat tema Hiburan Tradisi Nurani, dan dihoskan oleh Syamsul Ghau Ghau dan Juara Akademi Qurra’ musim pertama, Tilmiz Fahmi.

PENTAS MARHABAN

ANTARA JURI TETAP

Ustaz Husaini Mahmur, qari negara yang juga merupakan qari bagi rancangan Quran@114 di TV AlHijrah akan bertindak sebagai penasihat Pentas Marhaban.

Serta diadili dua juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Hafiz Gambus. Tidak dilupakan juga sesi penjurian daripada juri jemputan mingguan.

12 KUMPULAN BAKAL BERTANDING

Sebanyak dua belas kumpulan marhaban bakal bersaing mengalunkan rangkaian puisi tentang kisah Rasulullah SAW serta puji-pujian kehadrat Ilahi.

Disampaikan dengan iramanya yang tersendiri dengan penumpuan kepada tiga elemen utama pada setiap persembahan iaitu Mawal, Marhaban dan Qasidah.

“Mereka dipilih disebabkan kefasihan, kelunakan serta kreativiti persembahan yang terbaik. Suka saya kongsikan, kesemua dua belas kumpulan bukan berada di sini semata- mata untuk merebut gelaran juara.

PENTAS MARHABAN

IKON ELEMEN HIBURAN ISLAMIK

Namun apa yang utama, mereka semua akan menjadi ikon elemen hiburan Islamik yang menitikberatkan wasilah dakwah kontemporari yang berupaya menghubungkan penonton dengan Rabbul Jalil,” 

“Dua belas kumpulan tersebut adalah Al-Muhtadin, Selawat Buskers, Soutun Nadwah, Al Maqari, Mawaddah, Qalbun Hadi, An Ni’matul ‘Uzma.

Shoutul Huffaz, Nurul Akhyar, Sinar Marhaban, Raudhatul Ashwaq dan Intracksee,” 

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa Pentas Marhaban yang diterbitkan secara kreatif, bersifat malar segar, sesuai dengan selera dan penerimaan masyarakat.

Mampu melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa tauhid dalam kerangka dan batas syariat.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge