RAIHAN ANJUR KONSERT GARIS MASA PASTI BEST!

RAIHAN ANJUR KONSERT GARIS MASA PASTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Membesar dengan lagu Raihan dari zaman persekolahan bukan perkara kecil. Pejam celik rupanya dah 25 tahun mereka sudah bertapak didalam industry ini sejak 1996.

Sehingga jinni masih lagi ramai dikalangan anak-anak masih menyanyikan langu-lagu Raihan tidak kira lagu apa sekalipun.

MAKSUD RAIHAN

Tahukah anda apa maksud disebalik nama ini? Ianya bermaksud tumbuhan harum atau bunga syurga. Pernah memecah rekod penjualan album sehingga mencecah 750,000 unit dibawah album Puji-Pujian.

Jumlah ini masih belum ada lagi yang dapat memecahkan rekod hingga kini.

ANGGOTA KINI TIGA?

Kalau sebelum ini berlima dan berempat, kini adalah tiga sahaja. 3 ahli asal iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibr masih memperjuangkan Raihan diluar sana.

KONSERT GARIS MASA

Ingin meraikan 25 tahun perjalanan dalam industri hiburan, tercetus idea untuk mengadakan Konsert Garis Masa. Bakal berlangsung pada 26 November 2022 di Stadium Malawati Shah Alam.

Garis Masa diilhamkan melihat kepada tempoh masa pada peminat yang meminati lagu Raihan sejak dulu hingga kini.

Lebih menarik lagi, lagu-lagu ini digemari bukan saja dari bangsa Melayu bahkan dari bangsa lain. Tidak kira usia dan jantina.

LAGU HITS ADA TAK NANTI?

Selama 90 minit, para peminat akan dihiburkan dengan pelbagai lagu terutama lagu-lagu hits kumpulan ini. Antaranya  seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur dan Senyum.

APAKAH KELAINANNYA?

Kelainaan Konsert Garis Masa kaali ini adalah penggunaan kepelbagaian instrument yang bakal menjanjikan yang terbaik buat semua. Bukan saja ‘percussion’ tetapi ada juga nyanyian ‘LIVE’ bersama semua.

Kalau anda peminat setia jangan lupakan ‘block date’ 26 November dengan tiket sejkali tau. Bawalah anak-anak sekali sama sama turut serta.

Website Ticket2u|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge