BORAK SEENI- PROGRAM BUAL BICARA DI ASTRO PRIMA!

Program bual bicara terbaru di Astro Prima iaitu Borak SeeNI.

BORAK SEENI

Astro dan Nu Ideaktiv dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran program bual bicara terbaharu yang sangat dinantikan, bertajuk Borak SeeNI. Kini telah memulakan siarannya di kaca televisyen anda.

Program bual bicara ini hadir dengan konsep moden dan interaktif, membincangkan pelbagai isu dan topik menarik yang relevan dengan masyarakat semasa. 

DI SALURAN ASTRO PRIMA

Borak SeeNI akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, bermula dari jam 11 pagi di saluran Astro Prima (saluran 105). Ini pastinya memberikan peluang kepada penonton untuk terlibat dalam perbincangan yang hangat dan mendalam.

BARISAN PAKAR BERPENGALAMAN

Program ini merangkumi pelbagai topik yang beraneka ragam, termasuk isu-isu keluarga, segmen gaya hidup, serta kesihatan, di mana setiap segmen akan menampilkan barisan pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Dengan demikian, penonton akan dapat mendalami pelbagai perspektif dan mendapatkan maklumat yang berguna tentang isu-isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

PERKONGSIAN INSPIRASI DARI INDIVIDU

Di samping itu, Borak SeeNI juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada penonton melalui kisah hidup mereka. Serta pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang, yang pastinya akan memberikan motivasi kepada mereka yang menontonnya.

TEKNOLOGI EXTENDED REALITY

Dalam usaha untuk menawarkan pengalaman yang lebih menarik, Borak SeeNI menggunakan teknologi studio yang canggih, termasuk Extended Reality (XR), yang menjanjikan visual yang lebih menarik dan moden.

Teknologi Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan dalam program ini akan memberikan kelebihan kepada peniaga, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dalam memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.

Dengan cara ini, peniaga akan mempunyai platform yang lebih luas untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan visibiliti jenama mereka dalam pasaran yang kompetitif.

PENYERTAAN PENONTON SECARA LANGSUNG

Program ini akan melibatkan penyertaan penonton secara langsung, di mana mereka boleh mengemukakan soalan dan pandangan. Seterusnya mencipta perbincangan yang lebih mendalam dan relevan. Ini adalah satu langkah yang bijak untuk memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan meluas kepada penonton.

INISIATIF FOKUS ISU SEMASA

“Program bual bicara secara langsung ini adalah satu inisiatif yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini. Dipersembahkan dengan cara yang lebih canggih dari segi visual melalui penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) dalam studio dan Augmented Reality (AR).

Selain itu, kami juga berhasrat untuk membantu golongan SME dalam mempromosikan produk mereka melalui platform ini”.

-Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman,

APLIKASI SEENI ASAS KEPADA PROGRAM BUAL BICARA

Nu Ideaktiv, sebagai rakan penghasil kandungan, telah mencipta aplikasi SeeNI yang menjadi asas kepada program bual bicara Borak SeeNI. Melalui aplikasi ini, mereka telah mengumpulkan 17 kandungan digital yang sesuai dengan format program bual bicara. Bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang meliputi pelbagai aspek kehidupan dengan cara yang menarik dan informatif.

“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.

Selain itu, kami berharap program ini dapat memperkasa landskap digital bagi SME agar lebih memperkukuhkan jenama mereka”.

-Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv,, Encik Syamil Fahim

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge