Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AMAZON PRIME Tayangkan Animasi Dari PRIMEWORKS DISTRIBUTION| Enam buah judul animasi Malaysia berjaya menembusi Amazon Prime melalui perjanjian yang termeterai antara Primeworks Distribution, anak syarikat Primeworks Studios dan Janson Media.

Lima animasi terbitan tempatan yang diwakili oleh Primeworks Distribution iaitu Soccer Bugs, Cingkus Blues, Saladin, Knowsy Nina Wants To Know, dan Super Tots  serta Ejen Ali . Ini diantara yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation boleh didapati di Amazon Prime. Untuk mereka yang berada di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand.

“Pembabitan kami dalam menerbitkan Ejen Ali telah memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna buat kami selaku penerbit bersama. Lebih memahami akan kesukaran dan pentingnya komitmen yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah siri animasi yang bermutu tinggi.

Kami amat berbesar hati apabila kerjasama dengan negara luar dapat dicapai. Ini kerana peluang seperti ini adalah sangat penting bukan sahaja dari segi keuntungan pelaburan kewangan kepada industri animasi. Tetapi juga satu pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan penceritaan animasi  Malaysia.  Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang maju.

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di atas sokongan mereka yang berterusan melalui bantuan kewangan, tunjuk ajar dan intel industri,

-kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios.

Perjanjian yang ditandatangani pada awal tahun ini di saat pandemik Covid-19 melanda dunia adalah sangat tepat, yang mana penonton hanya terbatas di rumah dan sentiasa mencari kandungan yang berkualiti untuk ditonton. 

Kami berbangga hasil karya animasi kami mendapat tempat di platform seperti Amazon Prime. Rasa keterujaan lebih tinggi apabila mengetahui hasil kerja keras kami dapat ditonton di seluruh pelosok dunia. Sesuai dimana ianya waktu yang tepat yang mana penonton sentiasa mencari program untuk ditonton.

Usaha yang dilakukan oleh Primeworks Distribution sebagai pengedar yang mewakili syarikat kecil seperti kami adalah sangat penting.  Agar kami dapat memberi tumpuan terhadap kerja produksi. Kami merasa bersyukur dan beruntung kerana dapat meneruskan kembali perjanjian kerjasama di dalam waktu pandemik yang sukar ini.  Ini adalah berita yang berharga yang dapat dikongsikan kepada pasukan kami yang telah bertungkus lumus menghasilkan Cingus Blues dan Soccer Bugs.”

-kata Kar Hooi Tan, Penerbit Eksekutif, 3rd Rock Creations.

“Berikutan dengan penularan wabak yang melanda dunia sekarang ini, kami melihat akan peningkatan jumlah penonton yang tinggi untuk kandungan kanak-kanak.  Oleh itu penawaran pakej kandungan siri TV animasi kanak-kanak dari Primeworks ini menjadi tambahan yang bagus kepada kandungan video kanak-kanak sedia ada di Amazon Prime.  Kami yakin siri TV animasi ini akan berjaya mendapat tempat di hati penonton Amazon.”

-kata Jesse Janson, Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Janson Media.

Primeworks Distribution mempunyai kepelbagaian kandungan katalog animasi yang merangkumi beberapa judul animasi popular di samping IP ulung, Ejen Ali, yang telah mencapai kejayaan luar biasa di dalam dan di luar negara.

Dengan berbekalkan dua musim penuh siri animasi TV penuh aksi, menembusi di lebih 50 negara di seluruh dunia, kejayaan Ejen Ali diteruskan ke layar perak pada November 2019. Ejen Ali The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysian Box Office, menjadikannya filem animasi terlaris dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia.

Untuk informasi lebih lanjut layari : https://www.facebook.com/primeworksstudios/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge