Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MPOP! Bukan Sekadar Gossip Hiburan Ada Juga Tips Gaya Hidup!| Nak berita tentang berita hiburan, gosip, fesyen dan tips gaya hidup terkini dalam program infotainment, apa kata tonton ia di TV3.
MPOP!
Sudah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3 pada jam 12.55 tengah hari dan TV9, pada jam 8.30 malam selama 5 minit. Jika anda terlepas untuk menonton di kaca televisyen anda tidak perlu risau. Anda dapat menyaksikan episod penuh (extended version) di laman sesawang www.tonton.com.my pada hari yang sama bermula jam 2.00 petang. Boleh juga repeat episod yang terlepas kan?
MPOP! bukan bertujuan untuk bersaing dengan Mbuzz ataupun Melodi. Sebaliknya ia melengkapkan lagi rantaian program hiburan di Rangkaian Televisyen Media Prima. Ini kerana berita hiburan seharusnya disampaikan secara cepat dan tepat kepada para penonton.
Ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program MPop! diteruskan. Dengan mengubahsuai temu bual artis menerusi interbiu atas talian supaya penonton terus diberikan info terkini dari industri hiburan dan fesyen.
Kelainan yang ditampilkan oleh MPOP! apabila program tersebut dikendalikan oleh selebriti yang muda dan bertenaga. Siapa yang tidak kenal dengan Harris Alif, Hani Fadzil dan Nina Nadira. Mereka bakal memberikan sentuhan yang lebih hip dan segar.
Pengacara MPOP!
Harris Alif, 21 tahun, mula dikenali ramai selepas menjuari Bintang Kecil RTM dan Idola Kecil 3 pada usia muda. Pernah mengacara Berita Adik di TV9 (2011), V-Squad di ntv7 (2012) dan Pop Express di TV3.
Hani Fadzil, 29 tahun, seorang pengacara TV dan penyampai radio mula mengacara KidsFGW NTV7 (2012-2013) dan Bas Pintar TV3 (2014).
Nina Nadira, 28 tahun, mula menceburi industri hiburan selepas menyertai Akedami Fantasia pada tahun 2014. Menjadi hos Pop Express (2019) hos acara karpet merah untuk Anugerah Juara Lagu 2019.
Sidang produksi MPOP! diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit dari Primeworks Studios. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my .
This looks like a good channel to get more lifestyle tips.
Tekkaus recently posted…Our Visit to Port Weld-Kampung Kuala Sepetang Fishing Village In Taiping