ALPRO FOUNDATION TAJA PROGRAM TIUB MAKANAN

Dalam diam tak diam ramai dikalangan pesakit yang ada di Malaysia sebenarnya memerlukan bantuan. Terutama sekali mereka yang terpaksa bergantung harap pada tiub pemakanan. Tahniah buat Alpro Foundation.

ALPRO FOUNDATION

Terkini, Alpro Foundation menawarkan bantuan seramai 60 pesakit tiub pemakanan sempena program CSR terbaru. Ini dikongsikan oleh Ostwin Paw, Ketua Pegawai Eksekutif Alpro Foundation.

Oleh itu, Alpro Foundation menggalakkan pesakit tiub pemakanan atau ahli keluarga mereka untuk mendekati dan mendapatkan sokongan melalui produk sokongan pemakanan yang ditaja.

PROGRAM PENAJAAN

“Sejak kami memulakan program penajaan ini pada 2019, dan kini kami telah menyokong lebih 250 pesakit. Secara keseluruhan, kami telah membantu keluarga pesakit menjimatkan kira-kira RM6.13 juta untuk sokongan pemakanan.

Terima kasih kepada sokongan yang berterusan dari pelanggan Farmasi Alpro. Kami sedang mencari 60 lagi pesakit tiub pemakanan dari mana-mana bahagian Malaysia untuk membantu mereka,” 

-kata Ostwin Paw, Ketua Pegawai Eksekutif Alpro Foundation.

ANGGARAN PENGGUNA TIUB MAKANAN

Kos untuk merawat pesakit yang menggunakan tiub pemakanan dan terlantar di atas katil, dianggarkan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Ini tidak termasuk sokongan pemakanan sahaja adalah berharga dari RM1,000 hingga RM1,600. Ini adalah bukan sesuatu yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

METABOLIC BASIC

Asas utama inisiatif ini ialah Metabolic Basic, iaitu produk sokongan pemakanan mampu milik yang dirumus oleh pakar pemakanan dan pakar diet Alpro.

Mereka bekerjasama dengan rakan kongsi pengilangan mereka untuk memastikan ia berfungsi dengan baik termasuklah dengan mengurangkan pengunaan bahan pembungkusan yang tidak perlu untuk mengurangkan kos.

PROGRAM PENAJAAN METABOLIC BASIC

Program Penajaan Metabolic Basic dibiayai melalui jualan Metabolic Basic itu sendiri. Untuk setiap paket yang dibeli di Farmasi Alpro, satu paket didermakan kepada Alpro Foundation bagi memastikan kitaran sokongan berterusan untuk pesakit yang memerlukan.

Alpro Foundation menjemput ahli komuniti yang memerlukan untuk memohon bantuan melalui Program Penajaan. Pihak yang berminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan Farmasi Alpro untuk memohon.

Semua dokumen, termasuk laporan perubatan terkini pesakit, maklumat peribadi pesakit, rekod perbelanjaan sedia ada. Juga pengisytiharaan pendapatan pemohon, akan disemak dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penyerahan.

Website | Contact 019-3881923

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge