Kini, boleh dikatakan purata 1 dari 20 orang menggunakan ewallet atau e=dompet mudah alih untuk membuat pembayaran terutama sewaktu membeli-belah. Mydin tidak terkecuali dengan memperkenalkan MYDINPay
MYDINPAY
Ianya direka khas untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah pelanggan. Ia juga bertindak sebagai penyelesaian pembayaran, selamat dan efisien.
Memudahkan transaksi, serta menyediakan pelanggan dengan pelbagai manfaat tambahan termasuk promosi eksklusif.
YANG PERTAMA
MYDIN adalah pemborong dan peruncit pertama di Malaysia yang menawarkan aplikasi e-dompet, menyatukan semua aspek ekosistem kewangan digital dalam satu platform mudah alih. Mempamerkan kesediaan MYDIN berubah ke era digital dan mendepani perubahan pasaran.
Aplikasi e-dompet ‘MYDINPay’ ini menawarkan pengalaman beli-belah lebih mudah dengan inovasi terbaharu. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan Malaysia menuju ke arah ekonomi digital.
Pelancaran aplikasi e-dompet ‘MYDINPay’ telah disempurnakan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo di MYDIN Subang Jaya.
TAWAR BAUCAR UNTUK YANG TERAWAL
Bersempena dengan pelancaran ini, ‘MYDINPay’ menawarkan baucar RM5 bagi 1,000 pengguna aplikasi yang terawal. Sementara 3,000 pelanggan pertama yang membelanjakan RM150 ke atas dengan aplikasi ‘MYDINPay’ di mana-mana cawangan MYDIN layak menikmati pulangan tunai sebanyak 5%.
KOMITED BAGI PELANGGAN SETIA
Kami komited dalam memastikan pelanggan setia kami mendapat pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan inovasi perniagaan yang memberi kemudahan kepada mereka.
“Kami sudah berada di persada perniagaan lebih dari enam dekad, justeru itu kami perlu terus menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan semasa kerana keperluan pelanggan sentiasa berubah-ubah. Integrasi penyelesaian fintech canggih ini bertujuan untuk menjadi penanda aras baru untuk kemudahan runcit dan penglibatan digital,”
-Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin.
KERJASAMA ANTARA
Pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ direalisasikan melalui kerjasama MYDIN dengan Wavpay pada Oktober 2023. Kerjasama ini memperkenalkan MYDIN sebagai Rakan Dompet Omnichannel pertama, merupakan program yang memanfaatkan infrastruktur e-dompet yang mantap daripada Wavpay.
Inisiatif ini membolehkan rakan kongsi mencipta aplikasi mereka sendiri dengan ciri e-dompet bagi memudahkan transaksi digital dan meningkatkan penglibatan dengan pengguna sasaran mereka.