Lebih 300 Peserta Dari Negara Anggota Asean Dan Hong Kong, China Mendapat Manfaat Daripada SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024.
SMEs GOING ESG POLICY DIALOGUE AND WORKSHOP 2024
SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menganjurkan ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024.
Acara yang disertai lebih 300 peserta daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, negara anggota ASEAN dan Hong Kong, China ini merupakan.platform untuk pertukaran ilmu pengetahuan.
Selain itu memupuk kesedaran tentang amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN.
Majlis perasmian yang turut diadakan.sempena sambutan Hari PMKS Sedunia 2024, telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur hari ini.
TEMA MEMPERKASA KELESTARIAN PKS
Acara selama satu setengah hari dihadiri oleh pegawai kerajaan, pakar ESG, pemilik PKS, wakil daripada institusi kewangan dan ahli akademik. Semua yang hadir bermatlamat mendidik peserta mengenai kepentingan amalan ESG, pembangunan strategi serta pengukuran dan pemantauan prestasi ESG.
Untuk kali ini SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024 bertemakan ‘Memperkasa Kelestarian PKS’ .
SMEs GOING ESG POLICY DIALOGUE
Sesi dialog diadakan memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar untuk menggalakkan penerapan amalan ESG dalam kalangan PKS, berkongsi kisah PKS yang merintis perjalanan ESG serta mengetengahkan usaha Kerajaan dan agensi di rantau ini dalam aspek ESG.
Sesi perkongsian memberi pendedahan kepada peserta khususnya terhadap amalan terbaik, cabaran dan cadangan yang disampaikan oleh penceramah terkemuka.
ASEAN KOMITED KELESTARIAN MELALUI INSIATIF
“ASEAN komited untuk menggalakkan kelestarian di rantau ini melalui pelbagai inisiatif. Bagi Malaysia, menggalakkan PKS untuk menerapkan amalan ESG. Ini merupakan satu usaha ke arah mengukuhkan komitmen Kerajaan terhadap Agenda Pembangunan Mampan 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perjanjian Paris.
Yang di bawah Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change, UNFCCC).
CEPATKAN PENERAPAN ESG
Mempercepat penerapan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) 2021 – 2025”.
-kongsi YB Datuk Ewon Benedick
KAPASITI DAN KEUPAYAAN PKS DAN ESG
“SME Corp. Malaysia sangat komited terhadap pertumbuhan dan pembangunan PKS yang berdaya tahan. Kami telah mengenalpasti bidang tumpuan utama sebagai pemangkin untuk mempercepatkan kapasiti dan keupayaan PKS dengan ESG sebagai komponen utama”,
-kata YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia
PKS BAKAL JADI FIRMA BERSEDIA DALAM ESG
“Menjadi sebuah firma yang bersedia dalam menerapkan ESG (ESG-ready) adalah satu kelebihan besar bagi PKS untuk mengakses pasaran tempatan dan global. Oleh itu, SME Corp. Malaysia telah melancarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS bagi memudahkan penerapan amalan ESG dalam kalangan PMKS.
Ianya boleh dimuat turun secara percuma setelah melaksanakan penilaian ESG di laman sesawang kami. Mengambilkira kepentingan amalan ini, SME Corp.
-ulas YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia.
ANUGERAH AMALAN ESG TERBAIK E50
Malaysia juga telah mengambil inisiatif untuk mengiktiraf PMKS yang secara aktif mengintegrasikan amalan ESG ke dalam perniagaan dan strategi syarikat. Melalui anugerah khas baharu yang diperkenalkan di bawah Program Anugerah Enterprise 50 (E50) tahun ini, iaitu Anugerah Amalan ESG Terbaik E50”.
Selain sesi dialog dan perkongsian, para peserta juga berpeluang mengambil bahagian dalam sesi bengkel yang memberikan pengetahuan praktikal dan boleh diguna pakai dalam membangunkan pelan kelestarian perniagaan firma dan membimbing mereka dalam menyediakan pelaporan ESG.
WORKSHOP
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta tentang amalan ESG dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah pertama dalam perjalanan ESG.
Turut hadir semasa majlis perasmian ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue and Workshop 2024 adalah YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok, Pengerusi SME Corp. Malaysia.
Cik Libera Cheng Ching-mon, Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta dan YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia.
Acara ini disokong oleh ASEAN – Hong Kong, China Free Trade Agreement Economic and Technical Cooperation (AHKCFTA ECOTECH) Work Programme.