ALEEYA ZAILAN & BIG BOSS MASAK 340KG SOTONG, AMAZING!

ALEEYA ZAILAN & BIG BOSS MASAK 340KG SOTONG, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masak Sendiri 340 KG Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Keihklasan Pasangan Influencer

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia.

Hal ini termasuklah amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan, sekali gus menjamin pahala berganda.

Apatah lagi jika sesuatu yang ingin disedekahkan itu disediakan sendiri oleh si penderma.

MASAK SENDIRI

Begitulah yang dilakukan pempengaruh dan usahawan, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz atau Big Boss.

Seikhlas hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan Aleeya dan Azri serta beberapa pembantu bertungkus-lumus menyediakan masakan.

Baca: Resipi sotong masak kicap

340 KILOGRAM SOTONG SEDIA UNTUK DIMASAK

“Sebanyak 340 kilogram sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir.

“Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,”

-celotehnya sambil sibuk menumis bahan.

JARANG BERLAKU DALAM KALANGAN JUTAWAN

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata warganet menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

Masakan tidak, mereka berpendapat bahawa Aleeya semestinya mampu mengupah katerer bagi memesan sebarang menu diingini.

Namun pasangan berkenaan berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

ADA JUGA SUMBANGAN DALAM BENTUK BARANGAN

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada para asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit gift diberikan pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok dan Facebook.

Facebook| Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge