Telur antara bahan masak yang senang didapati dimana-mana. Ada satu masa tu telur boleh habis di semua kedai tak kira supermarket, hypermarket mahupun kedai kecil seperti kedai Acheh. Ini dikongsikan 5 aneka resepi telur simple untuk anda cuba

SAMBAL HIJAU TELUR

BAHAN-BAHAN :

– 15-20 biji cili padi hijau. Ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah.
– 4 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji telur
– secubit garam
– gula sedikit sahaja jika suka

CARA PENYEDIAAN :

– Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat nanti tidak sedap.
– Panaskan minyak dan tumis hingga sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam dengan secukup rasa.
– Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Boleh pilih nak telur masak penuh atau kuningnya masih cair.
– Jika nak berkuah, boleh tambal sedikit air. (Resipi asal tidak tambah air).
– Bila semua rasa sudah sempurna dan telur sudah masak mengikut selera, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Sumber : Cheyah Saripuddin

RESEPI TELUR BISTIK

Bahan-bahan:

📌2 biji telur
📌1/2 dada ayam (dipotong dadu)
📌1/2 cawan sayur campur
📌2 sudu besar sos tiram
📌2 sudu besar sos cili
📌2 sudu besar sos tomato
📌1/4 biji bawang holland
📌3 ulas bawang putih (dicincang)
📌Sedikit minyak
📌Serbuk perasa
📌Air secukupnya

Cara-cara:

1) Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.
2) Tumis bawang putih dan bawang holland, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada
3) Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan akhir sekali, masukkan sayur campur. Dah siap!
4) Curahkan atas telur tadi, sedia untuk dimakan

SAMBAL TELUR CILI API

Bahan-bahan:

Telur rebus
Cili api – ikut banyak di kehendaki
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak telur rebus sambal cili api:
Telur rebus di goreng garing.
Cili api, bawang merah dan bawang putih di kisar lumat.
Goreng bahan yang di kisar lumat tadi sehingga naik minyak.
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Seterusnya masukkan bawang besar dan masak sampai garing. Setelah itu gaul bersama telur rebus goreng tadi. Siapp!

TELUR AIR ASAM

• Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)
• Hiris bawang dan lada cili
• Buat air asam jawa
• Letak sikit gula n garam dan aji(kalau suka)
• Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua
• Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur

Makan dengan nasi panas2 🤗😋 Selamat mencuba ✌️

Kredit : Mahfuzah Aidi

RESEPI TELUR KICAP

Bahan- bahannya
Telur
Minyak
Bawang
Cili padi/ cili merah

Cara-cara memasak
Panaskan minyak
Goreng telur
Potong cili Dan bawang
Masukkan kicap Dan cili bawang yg yelah dicincang.

Siap! : katenya nk lgi sedap boleh perahkan limau / lemon.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge