Nak Cepat Jom grabnGo Set Di Kaffeinate Sunway Velocity Hotel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak Cepat Jom grabnGo Set Di Kaffeinate Sunway Velocity Hotel| Menginap di hotel yang bersebelahan dengan shopping mall pastinya tidak perlu risau pasal pilihan makanan. Sunway Velocity tidak menawarkan makan malam atau minum petang kerana masih baru lagi dibuka tetapi memberi pilihan untuk grabnGO. Ya, KP suka dengan cara ini, dimana selepas check in mungkin perut laparkan so boleh mencuba pilihan ini.

Kaffeinate ini terletak di tingkat 5 didalam Sunway Velocity Hotel sendiri. Dari susun atur cantik dan kemas boleh memuatkan dalam 100 pax pada satu masa. Senang di akses dan yang paling penting cepat dan mudah. Pilihan air dari sejuk dan panas walaupun agak terhad.

 

Antara perisa kek yang ditawarkan, ada kek red velvet, kek almond, kek coklat, kek tiramisu dan list bersambung. Ampun maaf ye gambar pastri tiada sebab memang sold out .. Yes , SOLD OUT !!! masa KP sampai jam 630 petang ..

Tawaran grabnGO ini adalah setiap hari dari jam 630 pagi hingga 830 malam. KP nasihatkan anda untuk mencuba antara satu set ini jika menginap di sini mahupun jika berada di kawasan ini. Bukan sahaja sedap, enak tetapi dengan harga yang berpatutan. RM 10nett untuk setiap set yang ditawarkan. Ini adalah set yang ada

grabnGO Set 

-pilihan pastri atau roti dari ‘Bakery basket;

-pilihan air jus dan air panas seperti teh atau kopi

grabnGO Tea time Set

-pilihan kek yang dibakar segar setiap hari

-pilihan air panas seperti teh atau kopi

Memandangkan KP ada assignment jam 8malam jadi KP memesan 2 set untuk di cuba. Secara jujur suka dengan konsep sebegini kerana bukan semua suka duduk di kafe minum ada yang ingin berehat di bilik kamar sambil menikmati hidangan seperti ini.

grabnGO Set 

Pilihan kami, air tropical fresh perisa epal, teh panas dan pastri sosej

Pastri sosej ni rugi pula ambil satu sebab memang sedap. Lagi -lagi baru dibakar dan rangup. Ini pun KP potong dua kalau dapat kat Irfan dia sorang habis sebab dia penggemar pastri sosej

grabnGO teatime set

Pilihan latte dan kek almond

Latte ok cuma hubby masih perlukan gula katanya sebab tak manis. hahahah. nak buat camna, nasib baik dalam bilik ada paket gula. Yelah lain orang lain cara rasanya. Ada yang dah OK ada yang masih tidak mencukupi

Kek Almond, patut cuba sebab staff di sini rekomenkannya.. Antara yang hot selling. Penuh dengan kekacang buat anda yang menggemarinya. Red velvet dan coklat juga antara yang hot selling

Untuk maklumat lanjut, layari

Website : http://velocity.sunwayhotels.com

Facebook: https://www.facebook.com/SunwayVelocityHotelKL

Alamat: Lingkaran SV Sunway Velocity, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur,



1 thought on “Nak Cepat Jom grabnGo Set Di Kaffeinate Sunway Velocity Hotel”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge