Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jom grabnGo Set Di Kaffeinate Sunway Velocity Hotel| grabnGo? Menginap di hotel yang bersebelahan dengan shopping mall pastinya tidak perlu risau pasal pilihan makanan. Sunway Velocity tidak menawarkan makan malam atau minum petang kerana masih baru lagi dibuka.
Tetapi memberi pilihan untuk grabnGO. Ya, KP suka dengan cara ini, dimana selepas check in mungkin perut laparkan so boleh mencuba pilihan ini.
grabnGo
Kaffeinate ini terletak di tingkat 5 didalam Sunway Velocity Hotel sendiri. Dari susun atur cantik dan kemas boleh memuatkan dalam 100 pax pada satu masa.
Senang di akses dan yang paling penting cepat dan mudah. Pilihan air dari sejuk dan panas walaupun agak terhad.
Antara perisa kek yang ditawarkan, ada kek red velvet, kek almond, kek coklat, kek tiramisu dan list bersambung. Ampun maaf ye gambar pastri tiada sebab memang sold out .. Yes , SOLD OUT !!! masa KP sampai jam 630 petang ..
Tawaran grabnGO ini adalah setiap hari dari jam 630 pagi hingga 830 malam. KP nasihatkan anda untuk mencuba antara satu set ini jika menginap di sini. Ataupun jika anda berada di kawasan ini.
Bukan sahaja sedap, enak tetapi dengan harga yang berpatutan. RM 10nett untuk setiap set yang ditawarkan. Ini adalah set yang ada
grabnGO Set
-pilihan pastri atau roti dari ‘Bakery basket;
-pilihan air jus dan air panas seperti teh atau kopi
grabnGO Tea time Set
-pilihan kek yang dibakar segar setiap hari
-pilihan air panas seperti teh atau kopi
Memandangkan KP ada assignment jam 8malam jadi KP memesan 2 set untuk di cuba. Secara jujur suka dengan konsep sebegini kerana bukan semua suka duduk di kafe minum ada yang ingin berehat di bilik kamar sambil menikmati hidangan seperti ini.
grabnGO Set
Pilihan kami, air tropical fresh perisa epal, teh panas dan pastri sosej
Pastri sosej ni rugi pula ambil satu sebab memang sedap. Lagi -lagi baru dibakar dan rangup. Ini pun KP potong dua kalau dapat kat Irfan dia sorang habis sebab dia penggemar pastri sosej
grabnGO teatime set
Pilihan latte dan kek almond
Latte ok cuma hubby masih perlukan gula katanya sebab tak manis. hahahah. nak buat camna, nasib baik dalam bilik ada paket gula. Yelah lain orang lain cara rasanya. Ada yang dah OK ada yang masih tidak mencukupi
Kek Almond, patut cuba sebab staff di sini rekomenkannya.. Antara yang hot selling. Penuh dengan kekacang buat anda yang menggemarinya. Red velvet dan coklat juga antara yang hot selling
Alamat: Lingkaran SV Sunway Velocity, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur,
perghh murah gile. kek pun nampak menyelerakan.aumm
Ciken Chop recently posted…Resepi Sup Ayam (kuah sup rare – size 4 pax)