Kelaster Di Astro First Tampil Nora Danish, Meerqeen, Achey & Azhan Rani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelaster Di Astro First Tampil Nora Danish, Meerqeen, Achey & Azhan Rani| Ketika semua orang berhadapan dengan pandemik Covid-19, pasti di sebaliknya ada pelbagai kisah suka duka yang terjadi. Namun, apakah yang anda akan lakukan jika
terkandas bersendirian di sesuatu tempat selama berminggu-minggu dan diganggu dengan kejadian seram? Selami rasa tersebut dengan menyaksikan filem terbaru, KELASTER yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 24 September 2020.

Kelaster

Kelaster merupakan sebuah filem seram yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Amyza Aznan dan bintang Hero Remaja 2020, Meerqeen. Manakala Razif Ajiboy Rashid bertanggungjawab sebagai pengarah, penulis skrip dan lakon layar.

Sinopsis

Kelaster mengisahkan tentang Ain (Nora Danish) bersama Usop (Meerqeen) dan Zul (Achey) tidak dapat pulang ke kampung dan terpaksa duduk di kolej kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka telah diganggu dengan pelbagai kejadian pelik dan misteri. Lebih mendebarkan apabila mereka dapati telah berlakunya satu insiden ngeri sehingga setiap gerak geri seperti diperhatikan.

Penerbit Eksekutif Filem Kelaster dari D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd, Sanjay Kumar Veerasingam menyatakan rasa gembira kerana telefilem pertama terbitan produksinya akan menemui penonton pada 24 hb September ini.

“Kami mendapat idea menghasilkan Kelaster setelah melihat apa yang berlaku ketika tempoh PKP yang lalu. Kemudian kami mengolahnya menjadi cerita yang menarik. Manakala tempoh sesi penggambaran hanya mengambil masa enam hari dan saya harus berikan pujian kepada kru dan barisan pelakon yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan karya ini.”

-kata Sanjay Kumar Veerasingam

“Kali ini kami bawakan sebuah filem seram hasil terbitan produksi baru, D Alpha Legacy. Tentunya kami rasa teruja dengan kerjasama kali pertama ini dan tertarik dengan latar cerita yang dipersembahkan di mana ia mengangkat isu terkini dan masih segar untuk dipertontonkan. Kami percaya babak-babak di dalam filem juga pasti akan mengimbau kenangan penonton ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antaranya, pengalaman terkandas dan tidak dapat pulang ke kampung, alami kisah seram. Melakukan aktiviti popular seperti membuat video TikTok dan banyak lagi. Lebih istimewa, Kelaster menampilkan kemunculan semula pelakon Nora Danish menerusi filem selepas dua tahun. Kemunculan pertama kali pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen. Kami harap, filem ini
bukan sahaja mampu memberi hiburan kepada penonton semata-mata tetapi ia turut menyampaikan mesej dan nilai positif yang tersirat.”

-menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Trailer Kelaster

Saksikan filem Kelaster di pawagam rumah anda, Astro First mulai 24 September 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi

Facebook |Instagram

 



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top