Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem romantik komedi Grand Brilliance mempunyai rekod cemerlang dalam menghiburkan penonton-penonton dengan filem-filem romantik komedi yang berkualiti seperti ‘Istanbul Aku Datang’ dan ‘Sejoli’. Bagi meneruskan tradisi ini, Grand Brilliance akan menyajikan filem ‘Girlfriend Kontrak’ yang dijadualkan menemui penonton-penonton bermula 24 September nanti. Filem ini menjanjikan kelainan dengan sentuhan magis pengarah dari Australia, Virginia Kennedy.Filem Girlfriend Kontrak adalah filem penuh pertama arahan beliau yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerjanya untuk iklan komersil dan muzik video. Virginia memulakan karier sebagai pereka grafik dan kemudian menceburkan diri dalam bidang kesan khas dan animasi. Filem pendek Virginia berjudul Thread, telah memenangi anugerah berprestij Mediatheques Prize di Clermont Ferrand Film Festival.
Menjadikan Kuala Selangor sebagai lokasi utama, filem yang mengambil masa sebulan untuk dirakam ini memaparkan elemen alam sekitar dengan menjadikan kelip-kelip atau kunang-kunang sebagai subjek utama dalam filem ini.
Filem Girlfriend Kontrak adalah filem pertama lakonan Keith Foo sebagai hero dan pelakon wanita utama filem ini, Risteena Munim,
Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak
Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?
Trailer Girlfriend Kontrak
OST Girlfriend Kontrak
#kitepunye #kitepunyedotcom #girlfriendkontrak




