Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Astro First| Filem Jebat yang merupakan kesinambungan dari drama popular Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) pada tahun 2013 mengulangi kejayaan terdahulu apabila berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan di Astro First.
Demam Jebat dan Mastura telah melanda peminat dan penonton sebelum filem ini ditayangkan pada 3 September lagi. Kebanyakkan menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton selepas menyaksikan trailer rasmi dan ‘teaser’ video. Bukan itu sahaja, selebriti-selebriti tanah air juga seperti Mira Filzah, Fazura, Nazim Othman, Nabila Huda dan ramai lagi turut memberi sokongan dengan meninggalkan komen teruja di akaun Instagram Sharnaaz dan Nelydia.
“Saya bersama seluruh tenaga produksi yang terlibat tentunya rasa amat gembira atas kejayaan serta sokongan padu penonton terhadap filem Jebat. Saya menerima maklum balas bahawa rata-rata penonton terhibur dengan filem ini yang cukup dengan elemen aksi, komedi, sedih dan romantik. Tidak dinafikan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga mengubati rindu penonton.
Saya harap penerimaan positif ini dapat berterusan dan secara tidak langsung mampu mengajak lebih ramai lagi untuk menonton Jebat. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw kerana membawa Jebat dengan rangkaian promosi yang kreatif dan strategik.”
-kata Penerbit Eksekutif Filem Jebat dan merangkap Ketua Pena Creative Pictures, Dato’ Ziela Jalil. Turut melahirkan rasa syukur dan berbesar hati dengan respon yang baik dari penonton.
“Jebat mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan di platform Astro First. Dengan kejayaan ini, ia memperlihatkan perkembangan positif dalam penjanaan semula industri perfileman Malaysia. Memahami kehendak penonton yang sentiasa inginkan konten terbaik.
Pihak kami akan terus membawakan lebih banyak filem-filem segar kelak menerusi kerjasama dengan produksi berbeza. Saya harap, Jebat mampu melakar fenomena tersendiri di samping menyuntik keyakinan buat penerbit-penerbit lain dalam mempersempahkan karya dalam normal baharu ini.”
-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
Menampilkan pelakon utama Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Turut membintangi pelakon Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong, Yap Chin Fong, Rahhim Omar serta bintang Mixed Martial Art (MMA), Peter Davis (bintang). Manakala, karya ini diarahkan oleh pengarah yang sama dari drama BKACT iaitu Jamal Khan.
Sinopsis Filem Jebat
Kisah bermula apabila Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, telah berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka dan membuatkan Jebat mula risau. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.
Saksikan filem Jebat yang kini boleh ditonton di pawagam rumah anda, Astro First. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Trailer Filem Jebat
Can’t believe that showing on TV can also rake in so much money. Amazing.
Tekkaus recently posted…6 Dinosaurs Stationery From Royal Selangor For Work & Play