Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Astro First

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Astro First| Filem Jebat yang merupakan kesinambungan dari drama popular  Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) pada tahun 2013 mengulangi kejayaan terdahulu apabila  berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan di Astro First

Demam Jebat dan Mastura telah melanda peminat dan penonton sebelum filem ini ditayangkan pada 3  September lagi. Kebanyakkan menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton selepas  menyaksikan trailer rasmi dan ‘teaser’ video. Bukan itu sahaja, selebriti-selebriti tanah air juga seperti  Mira Filzah, Fazura, Nazim Othman, Nabila Huda dan ramai lagi turut memberi sokongan dengan  meninggalkan komen teruja di akaun Instagram Sharnaaz dan Nelydia.

“Saya bersama seluruh tenaga  produksi yang terlibat tentunya rasa amat gembira atas kejayaan serta sokongan padu penonton  terhadap filem Jebat. Saya menerima maklum balas bahawa rata-rata penonton terhibur dengan filem ini  yang cukup dengan elemen aksi, komedi, sedih dan romantik. Tidak dinafikan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga mengubati rindu penonton.

Saya harap penerimaan positif ini dapat berterusan  dan secara tidak langsung mampu mengajak lebih ramai lagi untuk menonton Jebat. Di kesempatan ini,  saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw kerana membawa Jebat dengan  rangkaian promosi yang kreatif dan strategik.” 

-kata Penerbit Eksekutif Filem Jebat dan merangkap Ketua Pena Creative Pictures, Dato’ Ziela Jalil. Turut melahirkan  rasa syukur dan berbesar hati dengan respon yang baik dari penonton.

Jebat mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan di platform Astro First. Dengan kejayaan ini, ia memperlihatkan perkembangan positif dalam penjanaan  semula industri perfileman Malaysia. Memahami kehendak penonton yang sentiasa inginkan konten  terbaik.

Pihak kami akan terus membawakan lebih banyak filem-filem segar kelak menerusi kerjasama  dengan produksi berbeza. Saya harap, Jebat mampu melakar fenomena tersendiri di samping menyuntik  keyakinan buat penerbit-penerbit lain dalam mempersempahkan karya dalam normal baharu ini.” 

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Menampilkan pelakon utama Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Turut  membintangi pelakon Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy, Idris  Khan, Carmen Soo, Louisa Chong, Yap Chin Fong, Rahhim Omar serta bintang Mixed Martial Art (MMA),  Peter Davis (bintang). Manakala, karya ini diarahkan oleh pengarah yang sama dari drama BKACT iaitu  Jamal Khan. 

Sinopsis Filem Jebat

Kisah bermula apabila Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, telah berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka dan  membuatkan Jebat mula risau. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka  masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya. 

Saksikan filem Jebat yang kini boleh ditonton di pawagam rumah anda, Astro First. Dengan hanya RM15,  penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Trailer Filem Jebat



About The Author

1 thought on “Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Astro First”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top