YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500 PADA PELAJAR CEMERLANG SPM 2024!

Yayasan Nurjiwa Beri Insentif RM500 kepada Pelajar Cemerlang SPM.

YAYASAN NURJIWA

Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.

YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500

KERJASAMA DENGAN PTTI

Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500.

YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik. Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.

INSENTIF BUAT PELAJAR CEMERLANG

“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan Keputusan semua A. Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,”

YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500

-katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

BANTUAN PELAJAR KURANG KEMAMPUAN

Selain itu, Siti berkata, Yayasan Nurjiwa kini turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40, serta anak-anak yatim. Tambahnya Inisiatif ini yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.

YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500

HAMPIR 100 PELAJAR DARI B40

“Setiap hari kami akan menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya dari golongan B40. Bukan itu sahaja, selain pelajar Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim. Usaha ini sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu dan diharap ia dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana,”

-jelasnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge