foodpanda Melebarkan Sayap ke 6 Bandar Baru, Syabas!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

foodpanda Melebarkan Sayap ke 6 Bandar Baru, Syabas!!| Malas nak keluar makan kerana penat, malas nak beratur panjang, cuaca hujan mahupun tiada parking. Ini adalah di antara alasan kenapa food delivery atau penghantaran makanan adalah penting dalam kehidupan. Mesti anda pernah alami masalah sebegini didalam kehidupan bukan ?

Syabas buat team foodpanda dimana telah melebarkan sayapnya ke 6 bandar baru yang dipilih iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu dalam hanya tempoh enam bulan. Cepatnya dan setakat ini foodpanda telah mencipta nama di lebih 80 bandar merentasi lapan negara di Asia Pasifik

 

Bisnes terkemuka global dalam industri penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin dan beroperasi di lebih 30 negara seluruh dunia. foodpanda berpegang teguh dalam misi membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini, yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan turut disertai lebih 6,000 peniaga

“Kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna Malaysia di luar sana dalam tempoh enam bulan ini. Misi kami adalah untuk membawakan kemudahan dan kepelbagaian kepada pelanggan. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia merentasi bandar-bandar baharu dalam bulan-bulan yang akan datang,”

“Rakan restoran kami memainkan peranan penting dalam kejayaan kami di Malaysia. Dalam tahun sebelum ini, rakan restoran foodpanda telah bertumbuh sebanyak lebih 200% dan matlamat kami untuk sepanjang tahun ini adalah untuk terus berkerjasama dengan mereka untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia.”

-kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Pelanggan seluruh negara kini boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

 

Selain itu, peminat Gong Cha boleh bergembira kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka. Semenjak tahun 2019 lagi, foodpanda sering mencari inovasi dalam memberikan kemudahan tambahan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Semenjak foodpanda menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2012, perkhidmatan penghantaran makanan ini telah ditambah baik dengan ciri unik seperti:
● Order minima serendah RM5 setiap pesanan
● Caj penghantaran terendah pada harga RM3 di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara
● Pelbagai pilihan makanan termasuk restoran rantaian antarabangsa dan pelbagai makanan tempatan kegemaran rakyat Malaysia
● Lebih 6,000 restoran di seluruh Malaysia
● Pengembangan yang pesat di bandar-bandar seluruh negara
● Penghantaran makanan 24 jam 7 hari seminggu
● Aplikasi mesra pengguna – yang membolehkan pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, kepelbagaian dalam menapis pilihan, swimlane dan dompet baucar buat pengguna
● Lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan termasuk kerap menawarkan caj penghantaran percuma dalam aplikasi

Peminat makanan boleh memuat turun aplikasi foodpanda dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut layari

Website: http://www.foodpanda.my

Facebook: https://www.facebook.com/FoodpandaMalaysia/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge