Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berbuka puasa pastinya menu dan lokasi menjadi tanda tanya di mana? Jadi jika anda penggemar daging, jom ke Me’nate Steak Hub untuk berbuka puasa di mana pelbagai menu terbaru ada di tawarkan untuk tahun 2016 ini.
Sedikit pengenalan tentang Me’nate Steak Hub
Seperti namanya memang terkenal dengan hidangan steak mereka. Disini, daging-daging siap di’pack’ dan di simpan di dalam peti sejuk beku untuk memastikan kualiti daging tersebut dijaga. Pelbagai bahagian daging kambing mahupun lembu untuk di pilih . Selepas di pilih, pilihlah cara bagaimana ianya dimasak mengikut citrasa sendiri.
Tahun ini Me’nate Steak Hub kembali dengan memperkenalkan beberapa pakej menu sempena bulan Ramadan. Untuk penggemar daging ini adalah antara restoran yang KP rekomenkan. Pastinya tak rugi dan berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar.
Menu Pakej Berbuka Puasa
Untuk menu pakej ini setiap set yang di hidangkan di sertakan bersama Nasi Me’nate dan juga sos yang tersendiri. Terdapat 4 set menu yang ditawarkan iaitu
- Heavenly Beef
- Heavenly Lamb
- Heavenly Chicken
- Group Steak
Kenapa di gelar Menu Heavenly
Ianya adalah hidangann dalam kategori HEAVENLY. Ini bermaksud setiap hidangan boleh di nikmati di antara 4 hingga 6 orang. Setiap hidangan adalah di dalam pinggan yang besar seperti sebesar dulang. Katanya dengan makan bersama-sama didalam pinggan ini memberi suasana kepuasana dan kekenyangan sewaktu berbuka nanti.
Hidangan Pertama
-
Heavenly Beef
a. Short Ribs. Harga : RM 300 untuk 4-6 orang
Anda minat dengan bahagian ribs, ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda. Ianya perlu dinikmati bersama Nasi Me’nate dimana bakal memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa. Satu yang KP suka ialah isi dagingnya dipastikan lembut sebelum dihidangkan.
Close up Short Ribs
b. Wagyu Spare Ribs. Harga : RM 400 untuk 4-6 orang
Untuk hidangan ini harganya sedikit tinggi kerana ini dalam bahagian daging yang ini pastinya menjadi rebutan dan kegemaran buat peminat daging. Daging wagyu mempunyai kelainan dari segi rasa kerana isi nya agak pejal. Walaupun pejal itu bukan bermaksud dagingnya keras tetapi lembut , terasa “juicy” daging dan yang penting senang untuk di kunyah.
Seperti dikatakan tadi setiap set ini didatangi dengan Nasi Me’nate. Nampak dari rupa sahaja sudah tahu kesedapannya.
-
Heavenly Lamb
a. Lamb Shoulder. Harga : RM 350 untuk 4-6 orang
Lamb Shoulder. Apakah menarik dengan hidangan ini? Sebelum di masak daging ini diperap dengan rahsia sos perapan. Apabila di hidangkan dan dihiris dagingnya, bagi KP ianya cukup empuk,lembut dan juga enak kerana sos perapan istimewa itu. Sesuai untuk dimakan bersama keluarga dan juga rakan-rakan yang meminati daging kambing.
Close up Lamb Shoulder yang bakal membuat anda terliur
b. Lamb Shank Harga : RM 350 untuk 4-6 orang
Lamb Shank ini merupakan daging dibahagian kaki belakang kambing. Ini juga antara jenis daging yang sentiasa diorder dan mendapat pemintaan jika berada di restoran sebegini. Kalau nak lagi sedap apa lagi minta sahaja dimasak seperti di bakar atau dibuat steak. Pastinya makan tak pandang kiri kanan nanti Isi yang empuk bakal membuat anda ingin tambah lagi.
-
Heavenly Chicken
Grilled Chicken Harga : RM 99 sahaja untuk 4-6 orang
Ayam yang dihidangkan ialah seekor ayam. Ianya di panggang seekor tau. Semestinya ianya lain kerana diperap dengan menggunakan rempah istimewa yang hanya ada di Restoran Me’nate sahaja
Seperti biasa hidangan ini dihidangkan bersama Nasi Me’nate
-
Group Steak
Rm 80 sahaja ( minimum pax 4 orang )
- Didatangkan bersama :-
- Sos khas
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me’nate
Pilih mana yang satu untuk dimakan. Sama ada steak daging, steak kambing atau ayam grill . Aaa .. ini yang menjadi rebutan nanti.
Mashed Potato
Sedap,lembut dan memang kena dengan sos gravy buatan restoran Me’nate ini sendiri
Coleslaw
Buatan sendiri dari restoran Me’nate. Ia adalah side dish jika anda mengorder menu group steak
Nasi Menate
Pada yang biasa makan makanan Arab, pastinya kata ini adalah nasi Arab. Sebenarnya tidak di mana ini adalah menu istimewa dari Me’nate yang menggunakan Beras Basmati yang diimport khas untuk dihidangkan bersama hidangan yang ada. Aglio E Olio
Tak masam dan tak pedas, sesuai untuk kanak-kanak hidangan ini
Bukan sahaja makanan yang ditawarkan ini sahaja. Semua pelanggan yang menikmati hidangan di sini di sepanjang Bulan Ramadan juga bakal menikmati secara percuma S
Bubur lambuk Me’nate
Kuih-muih tradisional Buah-buahan dan juga kurma
Air (free flow)
Oh ye pastinya ingin tahu dimanakah lokasi Menate yang ada selain di Setapak bukan? Meh KP kongsikan alamat dan contact number agar anda boleh membuat tempahan dan menikmati hidangan yang ditawarkan
KP dan rakan-rakan dah cuba dan memang puas hati. Thumbs up weii… sebab makanan dan harganya pun berbaloi.
Lihat muka kami yang kekenyangan . hahahah. terima kasih buat Me’nate Steak Hub atas jemputan ye
jika ingin ketahui dengan lebih lanjut promosi dan hidangan yang disediakan cari sahaja hashtag ini
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #menatesteakhubsetapak #menatesteakhub #menateramadhanpreview2016