Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Yasss Raya 2018 Hanya di Quill City Mall Kuala Lumpur|Ramadan bakal berakhir dan Raya Aidilfitri bakal tiba, Quill City Mall menjanjikan sesuatu kelainanan sempena Raya tahun ini iaitu Mega Yasss Raya 2018 . Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend raya terkini yang mempamerkan dekorasi moden Hari Raya. Pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehebatan dekorasi Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL pada Hari Raya ini. Mengambil inisiatif untuk lari dari tema balik kampung, pengunjung sebaliknya telah disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan warna-warna pastel dan lampu neon; sebuah dekorasi separa hipster.
Terokai koleksi-koleksi fesyen terkini dengan lebih 1,000 pilihan koleksi hari raya dan lebih 40 buah gerai jualan yang menampilkan fesyen generasi muda dan separa hipster. Pembeli dan pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini, berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi
“Saya ingin berterima kasih kepada selebriti muda yang turut serta untuk menyumbang dalam pertunjukan koleksi fesyen raya untuk tahun ini. Kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada pelancaran mega kempen Yasss Raya 2018 dan Inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Melalui acara ini, Quill City Mall KL berharap untuk menyampaikan makna sebenar Ramadhan kepada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah. Bersempena dengan acara yang berbahagia ini, kami berharap agar anak-anak ini berbahagia sepanjang perayaan yang indah, dilimpahi dengan kebaikan; kerana kami turut tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Inisiatif ini sememangnya untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada anak-anak ini sempena Hari Raya tahun ini, sekaligus menyemarakkan kegembiraan dan berbahagi kasih kepada golongan kurang bernasib baik,”
-kata Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan dari Kumpulan Syarikat Quill.
Gerai jualan untuk fesyen raya akan berada di Main Entrance dan Main Atrium. Dapatkan fesyen raya terkini dan ambil gambar anda untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang. Nama kempen Yasss Raya 2018 terhasil melalui tema raya tahun ini yang diinspirasikan dari kemeriahan dan kehangatan suasana hari raya. Lampu neon yang menyerlah mewarnai segenap Main Atrium. Kemeriahan suasana perayaan dengan gemerlapan lampu pastinya menjadi lokasi yang sesuai untuk berswafoto atau swafotoberkumpulan. Pembeli dan pengunjung akan disajikan dengan paparan skrin LED terbesar yang memaparkankoleksi hari raya yang terkini. Pencinta fesyen amatlah dialu-alukan untuk turut serta kerana kesemua fesyen terkini dibawakan khas untuk generasi muda yang peka dengan perkembangan fesyen terkini. Antara gerai jualan yang ada
Promosi dan Pertandingan Hari Raya
Penebusan paket raya yang unik dari Yasss Raya, Cabutan Bertuah Yasss Raya, Carousel Ride, Pertandingan Gambar Yasss Raya dan banyak lagi menanti anda di Quill City Mall KL. Rebut peluang untuk menebus hadiah edisi terhad dan menangi hadiah-hadiah menarik sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ketika anda singgah di Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat.
- Pertandingan Gambar Yasss Raya akan memberikan pembeli dan pengunjung untuk merakam dan berkongsi detik bermakna bersama rakan dan keluarga ketika memriahkan suasana Hari Raya di sini. Dekorasi yang cantik dan terkini akan menghiasi acara ini. Pertandingan akan bermula pada 17 Mei sehingga 12 Jun 2018, hanya satu gambar untuk setiap penyertaan, peserta boleh menyertai pertandingan ini tanpa had dan hanya 3 pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi baucer tunai membeli belah dari Quill City Mall KL sebanyak RM500.00.
- Anda pernah terfikir untuk mendermakan baju lama yang masih boleh dipakai? Anda boleh menyumbangkan baju anda di Refash. Refash merupakan platform yang membolehkan anda untuk berjual-beli pakaian. Anda boleh menjual baju-baju anda kepada pihak Quill City Mall KL untuk mendapatkan pulangan berupa baucar.
- Tidak ketinggalan juga penyertaan untuk Shop, Dine and Win 3.0 yang bermula dari 18 Mei hingga 29 Julai 2018 yang menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk dimenangi. Mari membeli belah di sini untuk keperluan Hari Raya anda dan menangi hadiah mingguan yang tersedia. Tiga kali ganda kegembiraan yang diserikan oleh Jualan Mega, Kumpul AirAsia BIG Points dan menangi hadiah mingguan. Tiga (3) pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap 2 minggu sekali.
- Selain daripada Program Kesetiaan BIG Points AirAsia, pembeli juga berpeluang untuk menebus 2 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 1 BIG Point untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu di setiap outlet yang terdapat di Quill City Mall KL; dengan kerjasama Program Kesetiaan BIG Points AirAsia yang menawarkan tawaran eksklusif ini.
Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 24 Jun 2018, pembeli boleh mendapatkan 2X BIG Points untuk pembelian di setiap kedai di Quill City Mall KL.Pembeli berpeluang untuk menebus 4 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 2 BIG Points pada hujung minggu. Pembeli juga berpeluang untuk menikmati 3X BIG Points eksklusif untuk pembelian di GSC. Pembeli berpeluang untuk menebus 6 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 3 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu. Ahli Program Kesetiaan BIG Points AirAsia boleh mengumpul point untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia. Pembeli boleh memilih destinasi seperti Alor Setar, Penang, Jakarta, Surabaya dan banyak lagi dengan point serendah 50 sehingga 500 point. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Quill City Mall ialah pilihan terbaik untuk anda berkumpul Bersama keluarga dan sahabat handai pada hari raya ini kerana anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan hadiah percuma hari raya daripada penjual seperti Modemarket, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by
Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.