WORLD CHAMPIONSHIPS OF PERFORMING ARTS HOLLYWOOD SESUATU YANG AWESOME!

WORLD CHAMPIONSHIPS OF PERFORMING ARTS HOLLYWOOD SESUATU YANG AWESOME!| Setiap tahun MATME Management menghantar pasukan ke kejohanan World Championships of Performing Arts di Hollywood, Amerika Syarikat.

Kejohanan World Championships ini merupakan ‘Olimpik’ bagi dunia seni persembahan. 

Oleh itu, sewajarnya  Malaysia menghantar karyawan-karyawan kita bertanding di arena antarabangsa ini. World Championships ini bermula pada tahun 1997 dan kini telah memasuki tahun yang ke-26.

Hampir 70 negara menyertai kejohanan ini setiap tahun. MATME Management mula menghantar Pasukan Malaysia sejak tanun 2005.

Sehingga kini, MATME Management telah membawa 183 artis tempatan ke kejohanan di Hollywood ini.

Artis-artis kita bertanding dalam kesemua kategori, iaitu, Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan, Lakonan dan Pelbagai Seni.

Setiap peserta akan menyertai sekurang-kurangnya 5 pertandingan atau lebih, mengikut bakat dan kemampuan mereka. 

Artis kita memang hebat sekali. Pasukan Malaysia telah memenangi anugerah Juara Dunia (Grand Champion of the World) sebanyak 7 kali.

Champion of the World (juara bahagian) sebanyak 135 kali dan menggondol 185 pingat Emas, 204 pingat Perak dan 95 Gangsa!

Barisan peserta yang akan membuat persembahan malam ini adalah seperti berikut: 

NamaTahunPencapaian
EmasPerakGangsaChampion of the World
Farhana Mohamad2006 1 2  
Ananda Wilson2009  2  
Dr. Sharip Zainal2010 2 6  2
Nisa Addina Taufik2011 3 1  2
 + Grand Champion of the World – Instrumental (Jr)
Mohd Nurulazmie2013 6 2  6
Rehana Mohd Yunus2014 5 4  3
Megan Lo Uise2017 1 3 1 1
Aloysius Susek2017  2 1 
Pasqueletta Paulus2018 2 2 2 2
Muhammad Iskandar2018 1  1 1
Dhestiansa Rajeswara2019  1 2 
Melissa Anne Jude2020  1  
Sarah Qistina Lim2020 1   
Amberly Maidon2022  3 1 
Chloe Phang2023 1 2 2 
Ketty Natalia Rasul2023  1 1 
Dato’ Wahadaniah2023 1 5  2

Namun, tidak semua nama-nama peserta ini menyerlah di tanahair mereka sendiri. Untuk sekita masa, nama mereka disanjung sekembalinya dari Hollywood.

Seterusnya, ramai nama-nama mereka ketinggalan dalam dunia seni tempatan disebabkan oleh komitmen pelajaran atau kerjaya semasa mereka. 

Setelah sekian lamanya, MATME Management ingin memperkenalkan dan menaikkan semula bakat-bakat tempatan ini.

Seharusnya, rakyat kenal dan menghormati karyawan-karyawan tempatan kita yang telah berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood. Justeru itu.

MATME MANAGEMENT

Mengundang semula karyawan-karyawan hebat ini dari tahun ke tahun, untuk menganjurkan konsert Worldstars Celebration ini.

MATME memberi peluang untuk mereka menonjolkan semula bakat mereka dan mengasah bakat mereka di tanahair.

MATME Management amat berterima kasih kepada YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Juga kepada Unit Pemerkasaan Industri Kebudayaan diatas sokongan dan tajaan mereka bagi menjayakan konsert Worldstars Celebration ini.

Oleh itu, nikmatilah dan bergembiralah dengan persembahan-persembahan Pasukan Malaysia ke World Championships of Performing Arts dari tahun 2006 hingga kini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge