KEMPEN ‘YOUR MIND, YOUR JOURNEY’ SURIA KLCC, AMAZING!

KEMPEN ‘YOUR MIND, YOUR JOURNEY’ SURIA KLCC, AMAZING!| Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kesihatan mental dan juga kempen mencegah kanser payudara.

KEMPEN ‘YOUR MIND, YOUR JOURNEY’

Tujuan diadakan Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ ini adalah untuk memberi nafas pada kesejahteraan holistik kepada pengunjung yang datang ke pusat beli-belah.

Secara tidak langsung menjadikan Suria KLCC dikenali sebagai pusat beli-belah yang komited dalam meneruskan usaha menyokong kepentingan kesedaran kesihatan mental.

TEMA SEMPENA KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

Seiring dengan tema Federasi Sedunia untuk Kesihatan Mental “Mental Health is a Universal Human Right”, kempen kesihatan mental tahun ini berpaksikan tema penjagaan diri.

SLOGAN KEMPEN

Slogan ‘Your Mind, Your Journey’, dilihat menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.

“Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini.

Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri”

-kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC

AKTIVITI KEMPEN YOUR MIND, YOUR JOURNEY

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif diadakan hasil kerjasama rakan kongsi Suria KLCC.

Aktiviti-aktiviti ini diadakan di arena “Centre Court” yang juga berperanan sebagai hub untuk kempen kali ini dengan mengekalkan tradisi meneruskan usaha bersama rakan-rakan NGO

Antaranya Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association dan juga pelantikan terbaru iaitu Nyawa Organisation.

SURIA RIBBON PIN

Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulan dana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya bagi menjana kejayaan kempen ini.

Pin tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan dengan harga RM10.

SAFE SPACE @ SURIA KLCC

Merupakan pusat beli-belah yang pertama di Malaysia memperkasakan kesedaran kesihatan mental dengan penganjuran kempen dan penyediaan “safe space” bagi kegunaan komuniti sejagat.

‘Mempunyai tiga zon yang membawa tema berlainan iaitu Zon ‘Physical & Spiritual, ‘Emotional & Mental’ and ‘Social & Leisure’

Pakar Kesihatan Mental akan berada di setiap zon bagi membantu pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat bersesuaian dengan masalah mereka.

Malah, setiap zon direka khas untuk menyempurnakan asas setiap tema tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan aspek penjagaan diri.

ZON PHYSICAL & SPIRITUAL

Rakan Kongsi ‘Babel’ yang merupakan sebuah gim terkemuka akan mengadakan sesi riadah dan meditasi untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan kesedaran diri yang optimum.

Babel juga menganjurkan pelbagai aktiviti luar yang akan diadakan di Taman KLCC bagi mendorong pengunjung mendekati alam semula jadi.

Tidak ketinggalan, bengkel kecantikan juga akan diadakan oleh rakan kongsi kecantikan yang terkenal.

UNTUK EMOTIONAL & MENTAL

Zon ini membawakan khidmat pakar melalui klinik, ceramah dan sesi kaunseling yang akan di selia oleh badan NGO.

Ini bagi memastikan setiap individu menerima akses mudah untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Ruangan ini akan dipenuhi dengan mesej positif serta fakta yang berguna untuk menggalakkan kesejahteraan emosi.

Zon ini juga dilengkapi dengan sudut relaksasi yang bakal merangsang ketenangan.

Ia juga membuka ruang kepada pengunjung untuk mengukuhkan pertalian hubungan selain dari melakar pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bakal dilakukan melalui aktiviti kraftangan, melukis, menulis jurnal dan juga penyertaan secara berkumpulan.

RUANGAN SAFE SPACE CENTRE COURT

Badan NGO Nyawa telah melancarkan sebuah jurnal pada 7 Oktober di ruangan ‘safe space’ yang terletak di “Centre Court”.

Sehubungan dengan pelancaran itu, sesi dialog kesihatan mental dan penjagaan diri telah membawakan penceramah dan aktivis kesihatan mental terkemuka.

Seperti Che Puan Sarimah Ibrahim dan Profesor Madya Jabatan Psikologi Universiti HELP, Dr. Eugene Tee.

Melalui kempen ini juga, Galeri Heritouch juga membawakan pameran karya seni yang bertemakan refleksi, penyembuhan dan ungkapan emosi melalui seni.

Sementara itu, sesi urutan dan rawatan tangan yang dianjurkan oleh The Body Shop akan diadakan setiap hari bermula pukul 5:30 petang.

ESTEE LAUDER

Pada 14 Oktober pula, Estee Lauder akan membawakan ceramah kesihatan serta bengkel kecantikan dan kesihatan/keyakinan diri.

Komitmen Estee Lauder memperjuangkan kesedaran barah payudara melebihi tiga dekad dilihat mampu membawa impak luar biasa dalam usaha memperkasakan kesedaran kesihatan mental kali ini.

ARTY INFLATABLE KHAS BUAT PENGUNJUNG

Bagi memeriahkan sambutan kempen, aktiviti interkatif ini membawakan pameran bunga kembang yang dinamakan sebagai pengalaman “Arty Inflatable”.

Pameran ini bermula dari 8 Oktober sehingga 22 Oktober.

MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Pengalaman interaktif ini dijadikan sebagai titik perasmian kempen kali ini yang mana telah berjaya direkodkan didalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Pameran Bunga Interaktif Terbesar di Malaysia.

Kepelbagaian aktiviti menarik untuk kempen kali ini menjanjikan sebuah pengalaman bermakna dan menarik buat para pengunjung.

Seiring dengan usaha untuk mengekalkan posisi Suria KLCC sebagai syurga membeli belah buat para pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Pameran ini juga berkait rapat dengan tema kesihatan mental yang mana setiap kuntum bunga dipilih secara khusus dengan penelitian aspek yang berhubung kait dengan kesihatan mental.

Sebagai contoh, bunga ros adalah lambang penjagaan diri manakala bunga matahari melambangkan sifat positiviti dan optimistik.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Pusat Beli-Belah Alamanda dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putarajaya telah mengambil langkah untuk mempromosikan kesedaran kesihatan mental.

Melihat statistik penyakit mental yang berkedudukan kedua tertinggi selepas penyakit hati, inisiatif ini disasarkan untuk meningkatkan kesedaran, menyebarkan maklumat penting selain dari memupuk persekitaran yang boleh membantu mengurangkan kadar permasalahan penyakit mental.

Bermula dari 20 sehingga 22 Oktober, ruang “Centre Court” Alamanda akan ditransformasikan untuk menjadi sebuah hub yang membawakan pelbagai aktiviti kesedaran kesihatan mental. Para pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Selaras dengan objektif kempen ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti:

  • Cabaran Kesihatan: Penglibatan aktiviti fizikal yang direka khas untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
  • Pameran ‘Healthy Mind’: Ruangan informatif yang dilihat bakal meningkatkan kesedaran dan kepentingan kesihatan mental.
  • Terapi Kaunseling Booth: Sudut tertutup akan disediakan untuk individu yang berminat untuk mendapatkan bantuan pakar.
  • Aktiviti Kanak-Kanak: Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur 5 sehingga 6 tahun akan diadakan disamping sesi bercerita yang interaktif untuk kanak-kanak yang berumur 10 sehingga 12 tahun dengan tema yang mempromosikan kesihatan minda dan keluarga.
  • Pemerkasaan Belia: Sesi ‘Choral Speaking’ untuk sekolah-sekolah yang berlokasi di Putrajaya menumpukan topik yang berkisar tentang kesihatan minda dikalangan pelajar yang berusia 13 sehingga 17 tahun.
  • Perbincangan Berwawasan: Sebuah sesi ‘Ted Talk’ yang menitikberatkan pelbagai aspek kesihatan mental
  • Forum Kesihatan Mental: Sebuah sesi perbincangan yang menampilkan pakar psikatri dan juga klien kesihatan mental bakal dibawakan untuk memberi perspektif penting dalam penjagaan kesihatan mental.

Pusat Beli-Belah Mesra

Sementara itu di Pusat Beli-Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, Terengganu juga akan membawakan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental bermula dari 12 sehingga 15 Oktober. Kempen ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Psikatari Hospital Kemaman adalah sebuah inisiatif yang direka khas untuk menggalakan kewujudan ruang interaktif yang penuh dengan informasi untuk komuniti setempat.

Bagi menggalakkan sambutan kempen tersebut, Pusat Beli-Belah Mesra juga menawarkan rundingan kesihatan mental untuk membantu pengunjung menerima sokongan berkenaan kesihatan mental.

Sebuah kuiz kesihatan mental yang bakal mengemukakan format interkatif bertujuan untuk menguji pengetahuan dan meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu kesihatan mental di kalangan peserta juga bakal diadakan.

Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, pemeriksaan kesihatan fizikal percuma akan disediakan bagi memastikan kesejahteraan holistik yang menyeluruh.

Pusat Beli-Belah Mesra mengiktiraf seni dalam mempromosikan kesihatan mental. Bagi menjayakan pendekatan kesihatan mental terhadap para pengunjung, karya seni juga akan dipamerkan bagi membantu individu untuk mengendalikan pelbagai masalah kesihatan dan cabaran psikologi.

Pada 12 Oktober, Dr. Zaliha A. Rahman dari Jabatan Psikatari Hospital Kemaman juga akan mengadakan ceramah dan perbincangan kesihatan mental. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan para pengunjung pencerahan dan dorongan dari pihak pakar bagi membantu pengedalian kesihatan mental.

Selain daripada ceramah informatif, pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan kesedaran kesihatan mental akan diadakan bagi memupuk pemahaman dan mengalakkan penyertaan yang memberangsangkan.

Untuk maklumat lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ www.mesramall.com⦁ / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge