WINGS CERITERA RAKYAT, MEMANG BEST!

WINGS CERITERA RAKYAT, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau sempat menonton Festival PJ Folklore 2022 pasti tahu siapa artis yang ada disana membuat persembahan.

Tidak lain tidak bukan pastinya kumpulan rock lagenda WINGS. Ini adalah pilihan tepat apabila kumpulan legenda Wings terpilih sebagai artis penutup Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022).

Ianya telah berlangsung selama enam hari bermula 28 November dan berakhir 3 Disember lalu.

PEMINAT MENANTI


Kehadiran mereka bagi menjayakan Konsert “Wings Ceritera Rakyat” di Dataran Petaling Jaya,. Sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat dari pelbagai peringkat golongan yang
dianggarkan sekitar 10,000 orang hadir.


Ada yang sanggup datang seawal jam 5petang walaupun persembahan bermula pada jam 10.30 malam. Terlebih dahulu persembahan kesenian & kebudayaan dipersembahkan untuk semua.

HUJAN LEBAT MASIH DITERUSKAN?

Walaupun hujan lebat lebih kurang jam 10.30 malam, masing-masing tidak berganjak dari tempat dudul. Ada pula yang sudah menyediakan payung sejak awal agar dapat menyaksikan kumpulan ini depan pentas.

Kelihatan ada yang tidak lagi duduk di kerusi yang disediakan sebaliknya berdiri sebagai tanda mahu menikmati persembahan Wings sepenuhnya.

Keadaan menjadi sedikit kucar kacir memandangkan aspek keselamatan perlu diutamakan oleh penganjur bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi.

8 LAGU DIPERSEMBAHKAN

Penantian peminat berakhir apabila kumpulan yang dianggotai oleh Datuk Awie (vokal), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) tampil dengan lagu pertama, Peronda Jaket Biru dan diikuti Jumpa Hilang.


Terus sambung menyanyikan lagu Biarkan Berlalu, Bernafas Dalam Lumpur, Romania, Lipas Kudung dan Sejati.


Seperti biasa, Awie yang dikenali dengan kepetahan berceloteh dan berjenaka tidak melepaskan peluang berkomunikasi dengan peminat.


Ada-ada sahaja dialog spontannya yang mengundang ketawa sekaligus menggamatkan keadaan.

LAGU BONUS

Demi peminat, sempat lagi menyanyikan lagu Harapan sebagai lagu bonus juga penutup demi tidak menghampakan para peminat yang datang menyokong.

ALHAMDULILAH AMANAH DAH SELESAI


Awie dan anggota Wings yang ditemui selepas konsert memaklumkan mereka diserang sakit sebaik tiba dari Tanah Suci Makkah beberapa hari sebelum itu.


“Kami merasa cukup teruja kerana pihak MBPJ sudi mengundang kami untuk turut serta dalam festival berbentuk kebudayaan kepada masyarakat. Apatah lagi ia diadakan secara percuma.


“Demi janji yang dibuat dengan Datuk Bandar, maka kami laksanakan. Ini adalah amanah dan perlu digalas kami semua.


“Apa yang lebih membuat kami tersentuh adalah peminat tidak berganjak untuk terus menyaksikan persembahan kami meskipun hujan lebat,” katanya.

WINGS MASIH RELEVAN


Datuk Bandar MBPJ, Mohammad Azhan Md. Amir pula berkata, pihaknya bersyukur kerana Wings menjadi daya penarik kehadiran ramai peminat pada malam terbabit.

Credit gambar: The Mediator

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge