‘WE ARE WITH YOU’- KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL [SAFE SPACE] BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap orang ramai dengan kebanyakan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya boleh mengakibatkan tekanan terhadap tanpa mengira peringkat usia.
Bulan Kesihatan Mental Sedunia bulan Oktober ini. Jadi Suria KLCC berganding bahu bersama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Befrienders KL, RELATE dan Kumpulan Reben Hijau dan juga Kementerian Kesihatan .
KEMPEN WE ARE WITH YOU
Kempen We Are With You bermaksud ‘Kami Bersama Anda’. Pelancaran initiatif pengumpulan dana melalui penjualan ‘Suria RIbbon Pin’.
Suria KLCC merupakan pusat membeli belah pertama di Malaysia yang melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental ini. Ia menyediakan ruang selamat untuk masyarakat secara amnya.
Bukan Suria KLCC saja tetapi juga Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya dan juga Mesra Mall di Kemaman turut serta. Dengan ini masing-masing akan berkongsi dengan orang ramai cara mengendalikan kesejahteraan psikologi dengan cara mudah tetapi menyeluruh
SHOPPING MALL TEMPAT SELAMAT
“Kami sentiasa mempromosi pusat membeli belah kami sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi. Memanfaatkan ruang untuk memberi didikan tentang kepentingan kesihatan mental.
Ini merupakan satu lagi langkah yang ingin kami lakukan sebagai dalam menyediakan tempat yang selamat.
Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan untuk berkongsi maklumat secara kreatif dalam mengharungi waktu yang sukar ini,”
“Kami ingin mereka dan membina sebuah ruang selamat di Suria KLCC sebagai tempat tumpuan masyarakat untuk membincangkan kesihatan mental,” menurut beliau.
-kongsi Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien.
SAFE SPACE
Tahukah anda Safe Space berada di Suria KLCC . Berlangsung dari 8 November hingga 8 DIsember dimana mempromosikan aktiviti aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental. Terletak di Aras 1, Ampang Mall dari 10 pagi – hingga 10 malam setiap hari
Safe Space mengalukan kehadiran pengunjung dengan galeri makiumat mengenai kesihatan mental . Antaranya latarbelakang, statistik dan perkongsian pengalaman kisah benar.
Diharapkan orang awam dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan mental ini. Disamping kesedaran mengenai bila dan di mana bantuan boleh diperolehi.
SURIA RIBBON PIN
Jualan Suria Ribbon Pin berharga RM10 setiap satu bagi mengumpul dana untuk disumbangkan. Ini untuk membantu menjayakan aktiviti berkaitan kesihatan mental.
Safe Space @ Suria KLCC atau kesihatan mental secara amnya akan menjadi fokus jangka panjang. Kumpulan Syarikat Suria KLCC sebagai salah satu inisiatif CSR untuk 1 ke 2 tahun akan datang.
“Kami amat bersyukur untuk melihat inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kerana ianya menekankan sesuatu yang sangat diperlukan di waktu pandemik ini dan ketika pemulihan kelak.
Kumpulan Reben Hijau berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan inisiatif Suria KLCC adalah contoh terbaik dalam perlaksanaanya.
KUMPULAN REBEN HIJAU
Beta memuji usaha Suria KLCC dalam memperkasakan NGO seperti MMHA, Befrienders dan RELATE. Satu lagi contoh bagaimana Kumpulan Reben Hijau dan Suria KLCC mempunyai hasrat yang sama. Perbincangan mengenai kesihatan mental perlu berterusan.”
-kata Pengasas dan Presiden Kumpulan Reben Hijau, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah
“Amatlah penting untuk masyarakat di Malaysia dididik secara berterusan mengenai kesihatan mental kerana rata-rata memandang serong terhadapnya. Keberkesanan pendidikan adalah penting untuk menemui jalan penyelesaian terhadap isu kesihatan mental.
Oleh itu usaha pihak Suria KLCC dalam mengetengahkan kesihatan mental sangatlah terpuji. Suria KLCC telah mengorak langkah dengan berani dalam mengelolakan kempen sepanjang sebulan ini.”
-kata President MMHA and penasihat polisi kepada Kumpulan Reben Hijau, Datuk Dr Andrew Mohanraj
INFLUENCER BERI SOKONGAN
Harith Iskandar, Dr. Jezamine Lim dan Datuk Chevy Beh merupakan antara ‘influencer’ media sosial yang turut menyatakan sokongan kepada ‘We Are With You’. Turut akan dijayakan di Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall.
Di Alamanda Shopping Centre, Galeri Kesedaran Kesihatan Mental juga akan diadakan dalam skala yang lebih kecil dari Suria KLCC.