SYARIKAT SURIA KLCC SANTUNI FRONTLINERS WAKTU COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SYARIKAT SURIA KLCC SANTUNI FRONTLINERS WAKTU COVID-19 | Syarikat Suria KLCC bukan satu tetapi tiga masing-masing menyantuni bahagian frontiliners sewaktu pandemik Covid -19

SYARIKAT SURIA KLCC

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah menyumbangkan barangan bernilai RM35,000 kepada pasukan barisan hadapan. Antara penerimanya ialah di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya diharapkan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Sumbangan barangan makanan dan penjagaan diri ini merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan kerja keras pasukan ini yang sedaya-upaya mengekang wabak Covid-19.

SURIA KLCC

5 Mei yang lalu, Suria KLCC telah menyumbangkan barangan makanan benilai RM20,000 kepada lebih 3,500 pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital  Sungai Buloh. Ini untuk memudahkan mereka sewaktu berbuka puasa. Juadah khas berbuka puasa oleh Suria KLCC dari salah sebuah restoren yang beroperasi di pusat membeli-belah itu.

Restoran Serai dan beserta kueh raya. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur oleh pengurus komunikasi korporat Suria KLCC, Sherina Khairi.

ALAMANDA

Ianya telah diserahkan oleh Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda Putrajaya, Ameer Thajudeen . Diserah kepadaTimbalan Pengarah Pentadbiran Hospital Sungai Buloh. Manakala Puan Nur Hazwani Binti Rabuan menerima bagi pihak Hospital Putrajaya dan ACP Hj. Mohd Fadzil Bin Ali, OCPD Putrajaya.

Pada 3 Mei pula, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengagihkan barangan makanan bernilai RM15,000 beserta bubur lambuk. Kalli ini kepada pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan pasukan polis daerah Putrajaya.

MESRA MALL

Di Pantai Timur pula, Mesra Mall meneruskan tradisi menceriakan masyarakat tempatan dengan menyumbangkan duit raya. Kali ini sumbangan kepada 25 anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Kemasek bernilai RM250 pada 2 Mei. Ketika majlis itu juga, anak-anak yatim ini juga menerima barangan makanan sumbangan peniaga-peniaga di pusat membeli belah.

Antaranya seperti Siti Khadijah, Big Apple Donuts & Coffee, Al-Ikhsan, Nasi Kandar Hameed, Muslym Shop, Yong Tau Foo dan Rasa Sayang. Pengurus Besar Mesra Mall, Baldev Singh telah menyampaikan duit raya dan barangan makanan tersebut kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa di perkarangan Mesra Mall.

Sebelum itu, pada 29 April, Mesra Mall juga telah menyerahkan bubur lambuk. Diberi kepada pekerja barisan hadapan pegawai keselamatan dan pasukan Bomba di dalam Daerah Kemaman sempena sambutan Nuzul Quran.


“Ketika negara berusaha menangani pandemik ini, Syarikat Suria KLCC berbesar hati untuk sama-sama memainkan peranan menjadikan pusat membeli belah kami selamat. Bukan setakat untuk membeli belah tetapi juga menjamu selera.

Sebagai pemilik pusat membeli belah yang bertanggungjawab, kami sentiasa buat yang terbaik. Ini bagi memastikan kebersihan diutamakan untuk pelanggan kami pada setiap masa. Selain berganding bahu dengan pasukan barisan hadapan dalam membanteras pandemic ini.”

Untuk info lanjut, layari

Suria KLCC Website | Facebook | Alamanda  Website | Facebook |Mesra Mall  Website | Facebook

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge