WATSONS #HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026: PROMOSI & GANJARAN TAHUN BARU CINA, BEST!

Watsons Malaysia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 menerusi pelancaran kempen tahunan #HappyBeautifulYear 2026.

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

Kempen ini kali ini mengetengahkan tema “Dai Tuen Yuen, Guo Leng Nin”. Juga menekankan kepentingan perpaduan keluarga, kemakmuran serta kegembiraan berkumpul bersama insan tersayang, selaras dengan nilai perayaan masyarakat Cina di Malaysia.

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

PELBAGAI PROMOSI DAN GANJARAN ISTIMEWA

Sebagai sebahagian daripada kempen perayaan ini, Watsons Malaysia memperkenalkan pelbagai promosi eksklusif, ganjaran istimewa untuk ahli Watsons Club serta inisiatif kebajikan komuniti di seluruh negara. Kempen ini juga menyokong usaha memperkukuh hubungan pelanggan melalui pengalaman membeli-belah yang lebih bernilai sama ada di kedai fizikal mahupun secara dalam talian.

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

DIREKA UNTUK PELANGGAN

Kempen #HappyBeautifulYear 2026 dirancang untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna kepada pelanggan.

Beliau menjelaskan bahawa Watsons ingin memastikan setiap kunjungan pelanggan ke kedai fizikal mahupun platform dalam talian memberikan nilai tambah, kemeriahan perayaan serta pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan

-kongsi Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh.

FILEM TAHUN BARU CINA WATSONS 2026

Kempen #HappyBeautifulYear 2026 dimulakan dengan pelancaran rasmi filem perayaan Watsons yang diinspirasikan daripada suasana pertemuan keluarga sebenar di Malaysia. Filem ini memaparkan kehangatan hubungan kekeluargaan, detik-detik lucu dan kegembiraan yang sering berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Filem tersebut menampilkan Duta Watsons, Phei Yong, bersama penampilan istimewa pelakon legenda Hong Kong, Maria Cordero, serta rakan selebriti Watsons termasuk Jinnyboy, Amber Chia, Han Xiiao Aii, Mskuan, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Jobroseph dan ramai lagi.

Watsons CNY 2026 - Happy Beautiful Year 大团圆,过靓年!

INISIATIF CSR

Selaras dengan komitmen jenama melalui inisiatif Look Good, Do Good, Feel Great, Watsons Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam menyokong komuniti sempena musim perayaan.

Pada tahun ini, Watsons telah menyumbangkan barangan keperluan asas kepada 16 rumah kebajikan di seluruh Malaysia, sekali gus membantu individu dan keluarga yang memerlukan.

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

Watsons juga mengadakan program komuniti bersama warga emas di Yi Xing USJ Old Folks Home, yang merangkumi sesi interaksi sosial, perkongsian pengalaman hidup serta aktiviti yang menceriakan suasana perayaan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Watsons dalam menyebarkan kegembiraan, memperkukuh hubungan kemanusiaan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

PROMOSI/GANJARAN

PROMOSI 50%

Sempena kempen #HappyBeautifulYear 2026, Watsons menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pelanggan di seluruh negara. Antara tawaran utama termasuk:

✔ Diskaun sehingga 50% untuk produk kesihatan Dan kecantikan terpilih
✔ Diskaun segera RM19 dengan pembelian minumum RM18
✔ Promosi untuk produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut dan mulut, mandian dan supplemen kesihatan

Promosi ini berlangsung sehingga 2 Mac 2026, menjadikannya peluang terbaik kepada pelanggan untuk mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan pada harga lebih berpatutan. Juga untuk hamper hadiah edisi perayaan Happy Beautiful.

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

GANJARAN 1,288,888

Sebagai sebahagian daripada strategi meningkatkan kesetiaan pelanggan, Watsons turut menawarkan ganjaran eksklusif kepada ahli Watsons Club.

Ahli Watsons Club berpeluang memenangi sehingga 1,288,888 mata ganjaran Watsons setiap hari dengan pembelian minimum RM50 menggunakan kad VISA sama ada di kedai atau secara dalam talian.

Selain mata ganjaran, ahli Watsons Club juga berpeluang menerima pelbagai hadiah percuma dengan pembelian, termasuk:

✔ Pek Angpau edisi khas
✔ Beg Tote Perayaan Musim Bunga
✔ Beg Kertas Gergasi Happy Beautiful
✔ Periuk Panas Induksi Dessini

#HAPPYBEAUTIFULYEAR 2026

Kempen ini bertujuan memberikan nilai tambah kepada pelanggan dengan menawarkan ganjaran eksklusif serta pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan sepanjang musim perayaan,

-kata Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #HappyBeautifulYear 2026 Watsons Malaysia dengan mengunjungi kedai Watsons terdekat atau membeli-belah secara dalam talian di laman rasmi Watsons Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *