Dari Bon Odori Hingga J-Pop, PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 Raikan Budaya Jepun
PAVILION X JAGAM MATSURI 2026
Konnichiwa Japan! Pavilion Bukit Jalil Hidupkan Suasana Jepun Menerusi Matsuri 2026. Bayangkan suasana festival Jepun lengkap dengan Bon Odori, persembahan J-Pop, makanan jalanan, kimono, cosplay dan lebih 120 gerai – semuanya dalam satu destinasi.
Itulah pengalaman yang dibawakan menerusi PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 di Pavilion Bukit Jalil, yang menjadi kemuncak kepada kempen budaya selama sebulan, Konnichiwa Japan – Together, Here.

Berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, festival tiga hari ini menghimpunkan pencinta budaya Jepun, komuniti Jepun, keluarga serta pengunjung untuk menikmati pelbagai pengalaman yang menggabungkan hiburan, makanan, seni dan tradisi Jepun.
SOKONGAN KEDUTAAN JEPUN DI MALAYSIA
Lebih menarik, penganjuran tahun kedua ini turut mendapat sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia dan kerjasama Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM), selain selari dengan usaha Visit Malaysia 2026 dalam mempromosikan kepelbagaian budaya.
JAPANESE MARKETPLACE BAWA CITA RASA JEPUN KE PAVILION BUKIT JALIL
Sepanjang kempen Konnichiwa Japan – Together, Here dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2026, Pavilion Bukit Jalil berubah menjadi sebuah destinasi bertemakan Jepun dengan pelbagai pengalaman menarik.. Pengunjung boleh meneroka Japanese Marketplace di Level 2 yang menampilkan pelbagai produk, makanan dan pengalaman berinspirasikan budaya Jepun.
ANTARA TARIKAN JAPANESE MARKETPLACE
Antara tarikan yang diketengahkan termasuk snek Jepun daripada Shojikiya, Matcha Corner oleh Ohcha Matcha dan The Haven Club, pengalaman tradisional Kingyo Scooping, permainan arked Jepun oleh Metapark serta Creative Handcraft Marketplace.
Pengunjung turut berpeluang mendapatkan hadiah istimewa menerusi kempen Gift-with-Purchase, termasuk Furoshiki Wrap dan TSUTAYA BOOKS Tote Bag bersama baucar membeli-belah.

LEBIH 120 GERAI MERIAHKAN MOSHI-MOSHI BAZAAR
Salah satu tarikan yang mencuri perhatian ialah Moshi-Moshi Bazaar di PIAZZA, Level 3. Dengan lebih 120 gerai, pengunjung boleh menikmati suasana pasar jalanan Jepun menerusi pilihan makanan, pencuci mulut, produk gaya hidup, kraftangan serta pelbagai pengalaman budaya.
Bagi yang gemarkan aktiviti interaktif, Centre Court Level 2 pula menampilkan pelbagai booth dan pengalaman daripada tenant seperti Nitori, TSUTAYA BOOKS Bukit Jalil, Gifuto dan Cosmic Creation.
BON ODORI, J-POP & PERSEMBAHAN TRADISIONAL
Sudah tentu festival Jepun tidak lengkap tanpa Bon Odori. Antara tarikan utama PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 ialah persembahan Bon Odori setiap hari yang mengajak pengunjung turut serta dalam tarian tradisional Jepun.
Dari sudut hiburan moden pula, pengunjung disajikan dengan persembahan KLP48, kumpulan idola J-Pop yang berpangkalan di Malaysia, selain penyanyi dan penulis lagu Jepun Kenichi Yamasaki serta kumpulan tarian J-Pop The Jumpers.

Persembahan cosplay oleh Mao Xian dan Akiho serta penampilan Mr. Cherry turut memeriahkan festival. Budaya tradisional Jepun pula diketengahkan menerusi persembahan Wadaiko, Yosakoi Dance dan Eisa Dance Okinawa.
Tidak ketinggalan, Kimono Fashion Show turut menjadi salah satu acara yang menarik perhatian pengunjung.
DARI MAGURO LIVE CUTTING HINGGA PENGALAMAN YUKATA
PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 bukan sekadar festival untuk bergambar.. Pengunjung turut diberikan peluang untuk menikmati pengalaman budaya secara langsung.
Antaranya ialah Maguro Live Cutting Show bersama sesi merasa sashimi untuk 500 pengunjung terawal, Yukata Dressing Experience, demonstrasi Masaru Knives Malaysia dan The Art of Kimono Kitsuke.

Bagi peminat cosplay pula, Cosplay Skit Contest menjadi salah satu aktiviti yang memberikan ruang kepada peserta menampilkan kreativiti masing-masing.
Sementara itu, pengunjung turut boleh melihat koleksi kimono di Spanish Steps serta pameran eksklusif Japanese Diningware Collection di Main Entrance.
“TINY DOLLS. UNEXPECTED PLACES” JADI TARIKAN UNIK
Satu lagi pengalaman yang cukup menarik ialah “Tiny Dolls. Unexpected Places”, hasil kolaborasi Pavilion Bukit Jalil bersama De Institute of Creative Arts and Design (ICAD), UCSI University.
Patung-patung kawaii yang mengenakan pakaian berinspirasikan Jepun ditempatkan secara tersembunyi di sekitar pusat beli-belah. Pengunjung perlu mencari, merakam dan berkongsi penemuan mereka di media sosial, menjadikan aktiviti ini lebih interaktif untuk keluarga serta pengunjung muda.
LEBIH DARIPADA FESTIVAL BUDAYA
Menurut Dato’ Joyce Yap, CEO Retail, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., PAVILION x JAGAM Matsuri bukan sekadar meraikan budaya Jepun, sebaliknya menjadi platform yang menghubungkan masyarakat menerusi pertukaran budaya.

Kerjasama tahun kedua bersama JAGAM serta sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia turut mencerminkan komitmen untuk membawa komuniti bersama melalui pengalaman yang lebih bermakna.
🇯🇵 BUDAYA JEPUN, PENGALAMAN YANG MENDEKATKAN
PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 membuktikan bagaimana budaya, makanan, muzik, seni dan hiburan mampu menjadi jambatan yang mendekatkan masyarakat Malaysia dan Jepun.
Daripada Bon Odori dan J-Pop kepada kimono, makanan Jepun, cosplay dan Japanese Marketplace, festival ini menawarkan pengalaman yang cukup lengkap untuk mereka yang ingin menyelami budaya Jepun tanpa perlu terbang jauh.
Walaupun edisi 2026 telah melabuhkan tirainya pada 2 Ogos lalu, kejayaan kempen Konnichiwa Japan – Together, Here memberikan satu lagi contoh bagaimana pusat beli-belah kini berkembang menjadi ruang gaya hidup, budaya dan pengalaman komuniti, bukan sekadar destinasi membeli-belah.