Posted in

MYDIN MART PERLUAS CAWANGAN PASAR RAYA MINI MESRA KOMUNITI DI AMPANG, AMAZING

MYDIN Mart kini dibuka di Ampang sebagai pasar raya mini mesra komuniti, menawarkan barangan keperluan harian lengkap serta promosi harga menarik.

MYDIN MART

Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus memperkukuh kehadirannya di peringkat komuniti dengan pembukaan cawangan MYDIN Mart, sebuah pasar raya mini mesra komuniti, di Taman Cahaya, Ampang.

MYDIN MART

Pembukaan MYDIN Mart ini mencerminkan strategi MYDIN dalam mendekatkan perkhidmatan runcit kepada penduduk setempat menerusi format berskala kecil yang mudah diakses, menjimatkan masa dan memenuhi keperluan harian.

MYDIN MART DIRASMIKAN ADUN PANDAN INDAH

Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh EXCO Infrastruktur dan Pertanian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, YB Dato’ Ir. Izham bin Hashim.

MYDIN MART

Cawangan ini merupakan pasar raya mini setingkat dengan keluasan 2,508 kaki persegi, menawarkan lebih 3,500 unit simpanan stok (SKU) yang merangkumi barangan keperluan harian, barangan segar, produk penjagaan diri serta barangan dapur.

KHAS UNTUK KEPERLUAN KOMUNITI SETEMPAT

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Mydin, permintaan terhadap format MYDIN Mart semakin meningkat sejajar dengan perubahan gaya hidup pengguna.

β€œPelanggan kini lebih mengutamakan pasar raya mini yang berhampiran, mudah diakses dan menjimatkan masa. MYDIN Mart diwujudkan bagi memenuhi keperluan tersebut,” katanya.

MYDIN MART

Beliau turut menjelaskan bahawa MYDIN kerap menerima permintaan untuk membuka lebih banyak MYDIN Mart, khususnya di kawasan komuniti dan lokasi yang sebelum ini kurang akses kepada pasar raya berskala besar.

MYDIN MART

β€œBeberapa lokasi strategik telah dikenal pasti dan, insya-Allah, pada tahun ini kami merancang untuk memperluaskan rangkaian MYDIN Mart di seluruh negara,” ujar beliau.

PROMOSI PEMBUKAAN DUA FASA

Bersempena pembukaan, MYDIN menawarkan promosi istimewa terhad kepada pelanggan dalam dua fasa.

MYDIN MART

πŸ“… PROMOSI : 23 HINGGA 25 JANUARI 2026

BARANGAN BASAH

βœ” Ayam lengkap (kepala & kaki) – RM1.00 seekor (Terhad 100 ekor sehari)
βœ” Bawang Merah Besar – RM0.98/kg (Terhad 2kg setiap pelanggan)

BARANGAN KEPERLUAN

βœ” Mi Kuning 400gm – RM0.10/paket (Terhad 1 pek)
βœ” Nescafe 3 Dalam 1 Original 25s x 18gm – RM10.99/pek (Harga asal RM13.95, terhad 2 unit)
βœ” Maggi Mi Segera Kari 5s x 79gm – RM3.99 (Harga asal RM5.20, terhad 2 unit)
βœ” Sunsilk / Sunsilk Hijab Syampu 300ml – RM7.89 (Harga asal RM9.50)

πŸ“… PROMOSI : 30 JANUARI HINGGA 5 FEBRUARI 2026

BARANGAN BASAH

βœ” Rusuk Ayam – RM5.99/kg (Terhad 2kg)
βœ” Ikan Sardin – RM7.99/kg (Terhad 2kg)
βœ” Ubi Kentang – RM0.99/kg (Terhad 2kg)

BARANGAN KEPERLUAN

βœ” Dutch Lady Susu UHT 4 x 1L – RM18.89 (Harga asal RM22.80)
βœ” Tropicana Twister Jus 2 x 1.5L – RM7.89 (Harga asal RM10.65, terhad 2 unit)
βœ” Cecair Pencuci Pakaian Breeze 3.6kg – RM16.90 (Harga asal RM19.90, terhad 2 unit)

PERKUKUH AKSES RUNCIT

Pembukaan ini menegaskan komitmen MYDIN dalam memperluaskan akses runcit berkualiti kepada komuniti setempat, di samping menawarkan harga berpatutan dan pilihan barangan keperluan yang lengkap untuk seisi keluarga.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *