Bayangkan suasana kampung tradisional dengan cahaya tanglung yang berderetan, bunyi riuh tarian singa dan aroma juadah perayaan yang membangkitkan memori zaman kanak-kanak.
SUNGEI WANG VILLAGE
Itulah pengalaman unik yang dibawakan oleh Sungei Wang Plaza menerusi kempen Tahun Baharu Cina 2026 bertemakan “Sungei Wang Village: Street of Memories”, yang berlangsung sehingga 24 Februari 2026.
PERKAMPUNGAN NOSTALGIA
Terletak di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Sungei Wang Plaza mengubah ruang pusat beli-belah menjadi sebuah perkampungan nostalgia yang meraikan kehangatan tradisi dan semangat komuniti.
ELEMEN KLASIK
Setiap sudut dihiasi elemen kampung klasik yang menampilkan dekorasi tanglung tradisional, reka bentuk jalanan lama serta sentuhan budaya yang mengimbau kenangan sambutan Tahun Baharu Cina generasi terdahulu.
KERJASAMA MINNATURE MALAYSIA
Antara tarikan utama tahun ini ialah kerjasama eksklusif bersama MinNature Malaysia, yang menampilkan pameran miniatur penuh perincian menggambarkan tradisi penting seperti makan malam perjumpaan keluarga, pembuatan tanglung dan penghasilan tarian singa.
Pameran ini bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah membuka peluang kepada generasi muda untuk memahami nilai budaya yang semakin jarang disaksikan.
INTERAKTIF TARIAN SINGA
Kempen tahun ini dirancang untuk memberi pengalaman perayaan yang lebih bermakna dan menyentuh emosi pengunjung. Beliau menjelaskan bahawa pameran lampu Glow of the Twelve Zodiac. Ada juga pameran seni miniatur serta pengalaman interaktif tarian singa diwujudkan bagi menghidupkan kembali semangat tradisi Tahun Baharu Cina di pusat bandar.
GLOW OF THE TWELVE ZODIAC
Salah satu lokasi tumpuan pengunjung ialah Glow of the Twelve Zodiac, di pintu masuk utama, hasil kolaborasi bersama 8TV. Instalasi lampu berwarna-warni ini memaparkan maskot zodiak dalam suasana perjumpaan simbolik, selain memberikan ramalan zodiak Tahun Kuda yang menceriakan suasana perayaan.
-kongsi Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, Joseph Teo.
LION DANCE EXPERIENCE
Bagi pengunjung yang ingin merasai sendiri keunikan seni budaya, The Lion Dance Experience menawarkan pameran kraftangan kepala singa, bengkel khas untuk kanak-kanak serta persembahan tarian singa secara langsung bermula 17 hingga 20 Februari 2026. Selain itu, pelbagai program menarik seperti persembahan kebudayaan, bengkel kraf perayaan, pertandingan bakat serta sesi bertemu artis turut memeriahkan sambutan sepanjang kempen berlangsung.
BAZAAR TAHUN BARU CINA
Tidak lengkap sambutan Tahun Baharu Cina tanpa pengalaman membeli-belah perayaan. Bazar Tahun Baharu Cina Sungei Wang Plaza menawarkan pelbagai pilihan produk tradisional dan moden termasuk teh Cina, kuih-muih perayaan, pakaian cheongsam serta cenderamata unik. Bazar khas bertemakan kampung baharu Malaysia turut menampilkan pelbagai makanan nostalgia dari seluruh negara.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan, Sungei Wang Plaza turut menawarkan ganjaran penebusan hadiah eksklusif kepada pengunjung yang berbelanja sepanjang tempoh kempen.
Melalui kempen ini, Sungei Wang Plaza terus memperkukuh peranannya sebagai hab budaya dan komuniti, sekali gus mengajak orang ramai menghargai keindahan tradisi sambil mencipta kenangan baharu bersama keluarga dan insan tersayang.
