Warna Warni Ramadan 1440H Buffet Ramadan Grand Bluewave Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Warna Warni Ramadan 1440H Buffet Ramadan Grand Bluewave Hotel, Shah Alam|Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan  yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini & Ala Kampung’, chef-chef Grand Bluewave sememangnya pakar dalam menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa.

Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu di buffet ramadan Warna Warni Ramadan 1440H yang berbeza kali ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.

Selain itu, gerai berkonsepkan Warna Warni Ramadan 1440H yang bertemakan Bazar Malaysia Kini & Ala Kampung turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri.

Tetamu juga boleh mencuba masakan Warna Warni Ramadan 1440H di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi.

Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.

Di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.

Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi.

 Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam di Surau hotel. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim

Promosi ini akan sedang berlangsung mulai 6 Mei hingga 4 June 2019 di Royale Songket, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam
Harga bagi buffet Ramadan Warna Warni Ramadan 1440H adalah: 
Isnin-Jumaat
Dewasa :  RM138 ++
Warga Emas : RM70 ++
Kanak-kanak  : RM70 ++
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Pakej :  RM148 ++ bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.
Potongan harga istimewa bagi tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadan (6 Mei 2019), dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang dan ke atas manakala RM100.00+ untuk 9 orang dan ke bawah.
Jom kita ke
Royale Songket 
Grand Bluewave Hotel 
Shah Alam
Untuk membuat sebarang reservation : 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806
Via Email : dosm@bluewavehotels.com

Website : www.bluewavehotels.com

Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge