Ketuhar Antarabangsa Jelajah India Bersama Dato’ Fazley| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Penyanyi dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob, meluangkan masa terbang jauh ke negara India. Menjalani rakaman program masakan, “Ketuhar Antarabangsa siri 2” untuk berkongsi pengalaman dan ilmu masakan dimiliki 13 cef terkenal di sana.
Ketuhar Antarabangsa
Uniknya menerusi program ini, Fazley bersama-sama cef jemputan di India saling bertukar menu citarasa Malaysia dan India. Sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 10.30 pagi di TV Okey (AStro 109).
Program ini membawa penonton menjelajah Chennai, India menyediakan pelbagai jenis menu makanan menyelerakan untuk dikongsi semua.
Bermula dengan cara penyediaan, dilengkapkan dengan pencuci mulut daripada buah-buahan berkhasiat mengikut citarasa tempatan.
‘Paneer Tikka Lababdar’
Penggemar makanan tradisi India berpeluang mengetahui penyediaan resipi daripada cef Srinath memasak ‘Paneer Tikka Lababdar’ dihasilkan daripada puri tomato, gajus dan paneer, iaitu sejenis makanan keju pepejal menjadi bahan utama makanan itu.
Chettinad Lobster Fried’
Makanan kedua yangdipaparkan ialah ‘Chettinad Lobster Fried’ atau Udang Kara Goreng. Akhir episod Dato Fazley sendiri menyediakan makanan ringan yang dipanggil ‘Pisang Karamel bersama Bungah Lawang’.
Pisang tempatan menjadi bahan asas dalam penyediaan makanan ringan ini.
‘Kariveppilai Iral’
Kemudiannya bersama-sama chef Janarthanam menyiapkan ‘Kariveppilai Iral’ atau udang goreng berempah, dan ‘Spicy Coconut Fish Curry’ (kari ikan kelapa).
Ia diikuti penyediaan kek coklat berperisa cili daripada Fazley sendiri menggunakan cili merah menjadi satu daripada bahan utama untuk membuat kek ini.
‘Molecular Gastronomy’
Episod seterusnya bersama-sama chef Duttatrey Singh menyediakan ais krim ‘Nitro Mango Froyo‘ dengan cara ‘Molecular Gastronomy’.
Iaitu menggunakan prinsip-prinsip kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan bahan-bahan baharu daripada yang asal. Gas Nitrogen cecair digunakan untuk membekukan pepejal mangga dalam menghasilkan ais krim ini.
Resipi kedua Rasam atau sup India yang digaul dengan nanas dibekukan yang menghasilkan ais krim rasam. Turut dimasak ‘Mahab’s Fish Fried dan Bubur Epal dan Pear 3 Rempah.
Rava Fried Fish
Ada juga dikongsikan resipi Ayam Lada Limau Kasturi, dan Rava Fried Fish iaitu kepingan ikan tenggiri digoreng dengan tepung Rava yang digaul dengan telur ayam. Juga cara-cara membuat kek cawan berempah yang ringkas dan lazat.
Kunjungan Fazley di Karnataka, India Selatan sempat singgah di muzium yang mempamerkan artifak tradisional negeri itu.
Seterusnya Chef Shrinath memberi penerangan mengenai resipi campuran India dan Mexico yang dipanggil ayam Tikka Quesadilla De Mexica.
Chef Michael pula menunjukkan penyediaan makanan ikan panggang ala negeri Kerala di India.
Keriah Kayu Manis Gula Melaka
Segmen akhir menunjukkan makanan ringan yang disediakan ‘Keriah Kayu Manis Gula Melaka’. Pernahkah anda mendengar karipap buah-buahan? Kongsikan resipinya dalam program ini yang menggunakan pisang masak dan tepung Atta menjadi bahan asas makanan ringan ini.
Chef Sivakumar menyediakan kari ikan Mahas dimasak tanpa santan. Fazley menyediakan kuih manisan Negeri Sembilan yang dipanggil Puteri Mandi Kelapa Bakar.
Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online,