ULTRA HEROES BERAKSI DI MALAYSIA, AWESOME!

ULTRA HEROES BERAKSI DI MALAYSIA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila lampu di badan Ultraman mula berkelip, suasana jadi risau. Apakah yang akan terjadi nanti?

Jika anda peminat Ultraman, apa kata jom sama-sama turut serta di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES

Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes bermula dari 10 hingga 27 November 2022.

Lokasi kali ini bertempat di Paradigm, Petaling Jaya, Aras CC, Concourse Square jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari secara percuma.

ULTRA HEROES

Acara ini dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.

Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga.

JELAJAH FIGURA ULTRAMAN

Dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN.

Ada diantara kite kebanyakan  membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini.

ULTRA HEROES

ULTRAMAN DECKER

Ini adalah terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. Jangan lepaskan peluang sekalai dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama patung bersaiz manusia.

Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.

ULTRA HEROES

PERSEMBAHAN DARI ULTRAMAN

Rasai aliran adrenalin di Persembahan Langsung ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW). Bakal memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS.

Persembahan langsung ini akan diadakan pada pada pukul 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November) .

ULTRA HEROES

Serta Ahad (12, 20 dan 27 November*), di mana pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat.

(*Jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

HIROKI MATSUMOTO

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto.

Memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER.

ULTRA HEROES
ULTRA HEROES

Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baharu, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations.

Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka di sudut jualan istimewa Ultraman dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian.

ANTARANYA:

ULTRA HEROES
  • TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlized- Here He Comes! Our Ultraman berharga RM 40 satu
  • Kotak TAMASHII NATIONS yang pertama adalah Ultraman. Ia merupakan yang penampilan sulung dimana memperingati generasi pertama karekter Ultraman SD tahun 1980-an dan 1990an.
  • S.H.Figuarts ULTRAMAN [THE RISE OF ULTRAMAN]. Item eksklusif yang hanya boleh didapati dijelajah ini dengan harga RM 240
  • S.H.Figuarts ULTRAMAN RIBUT. Dengan harga tawaran RM 275. Ultraman Ribut muncul dalam siri ‘Ultra Galaxy Fight’ serta ‘Ultraman Trigger’!
  • S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE. Terbitan rasmi dijadualkan pda November 2022 dan dijual dengan harga RM 198. Ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian.
ULTRA HEROES

PRODUK TERBARU ULTRAMAN DECKER

Bandai Namco Asia dengan sukacita mempersembahan produk terbaru iaitu S.H.Figuarts Ultraman Decker kepada peminat setia.

ULTRA HEROES

Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk Ultraman untuk memastikan dapat menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka.

Website| Facebook |Ultraman Heroes

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge