ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA DISAMBUT DENGAN MERIAH, BEST!

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA DISAMBUT DENGAN MERIAH, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik rupanya dah 17 tahun dan kali ini sambutan di sambut dengan meriah sekali.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Pengisytiharaan rasmi bandar Petaling Jaya sebenarnya telah dibuat secara rasmi pada 20 Jun 2006.

Mengambil kira Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang insklusif. Progaram dan aktiviti yang diatur juga melibatkan penyertaan dan memberi manfaat pada semua komuniti.

TEMA SAMBUTAN

PJ Love U diangkat menjadi tema sambutan ulangtahun ke-17 Petaling Jaya sebagai bandar raya menerusi pelaksanaan 21 program sepanjang Jun ini.

Sebagai simbolik hari pengisytiharaan rasmi Petaling Jaya sebagai bandar raya, MBPJ memberi penawaran percuma.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton dan tenis, selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1,000 anak pokok.

ACARA KEMUNCAK SAMBUTAN

Majlis sambutan telah disempurnakan di acara kemuncak Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-17 Bandaraya Petaling Jaya. Berlangsung di laman MPBJ di hadapan Ibu Pejabat MBPJ Jalan Yong Shook Lin pada 24 Jun.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Telah dihadiri oleh Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir. Juga YB Tuan Hee Loy Sian – Ahli Dewan Negeri juga Exco Pelancongan & Alam Sekitar.

AKTIVITI SAMBUTAN ULANGTAHUN

Sambutan tahun ini meliputi pelbagai progam. Antaranya berbentuk jualan dan pameran, pertandingan dan kejohanan.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Ada juga sumbangan dan perkhidmatan percuma yang dirangka oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya [MBPJ] bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat.

BERMANDI CAHAYA LAMPU

Selain itu, Lorong Tengah dan sekeliling Menara MBPJ , Dataran Boulevard & sebahagian Jalan Yong Shook Lin , Jalan Selangor dan Jalan Sultan. Semuanya bermandi cahaya oleh lampu hiasan pada waktu malam

PERTANDINGAN ACARA PERARAKAN

Diadakan pertandingan bagi acara perarakan dimana ianya membabitkan kategori Agensi/ Badan Kerajaan, Badan Korporat, Majlis Perwakilan Penduduk/ Persatuan dan Pusat Pengajian Tinggi (Universiti/ Kolej).

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500, selain sijil dan hadiah iringan bakal dibawa pulang.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

18 PASUKAN TERLIBAT

Mnsasarkan sebanyak 16 pasukan bakal menyertai pertandingan ini dan tidak menduga ia telah menarik penyertaan 18 pasukan, setakat ini.

Suka saya memaklumkan, perarakan tahun ini juga akan turut disertai Sahabat Radio Suria FM dan Sahabat Motorsikal MBPJ,”

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

SIAPA YANG MENANG?

Persatuan Penduduk Prima Damansara menjadi Johan Kesuruhan Terbaik dan Pemenang Pertama perarakan bagi Kategori Komuniti .

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

HADIAH YANG DIBAWA PULANG

Pemenang Keseluruhan Terbaik bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000, manakala pemenang tempat pertama diperuntukkan RM1,500.

Diikuti kedua dengan RM1,000 dan ketiga, RM500. Sebanyak RM500 juga menanti Pemenang Kostum Terbaik.

PERSEMBAHAN ARTIS

Persembahan istimewa oleh Firman dan Nabila Maharani dari Indonesia jua disamping Neeta Manis, Mr 5k & Aliff Aziz.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

PELAKSANAAN PROGRAM

Bakal bertumpu di Taman Bandaran Kelana Jaya, The Spine, Dewan D’Kelana, selain lokasi utama di Laman MBPJ, Dataran Boulevard dan Pusat Bandar Seksyen 52.

SEBAGAI KOTA SENI?

Pemilihan lokasi ini selaras dengan hasrat Majlis menghidupkan persekitaran Pusat Bandar Seksyen 52 dan seterusnya mempergiatkan usaha mempromosi Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni,” 

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Mohamad Azhan yang menyambut ulang tahun Petaling Jaya buat kali kedua, mengimpikan bandar raya terkemuka Selangor ini akan dikenali bukan saja di Malaysia, malah luar negara.

“Selain mengimpikan Petaling Jaya dikenali sebagai Kota Seni yang penuh dengan aktiviti kebudayaan dan pelancongan.

KENALILAH PETALING JAYA

Saya berharap MBPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya dan menjadi contoh atau model kepada agensi kerajaan, mahu pun swasta.

ULANGTAHUN KE-17 PETALING JAYA

Kenalilah Petaling Jaya ini sebagai satu bandar raya yang maju dan sejahtera, selaras pelan strategik PJSSR 2023, ‘PJ Smart, Sustainable and Resilience 2030,” 

-katanya, seraya mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara, selain penduduk dan komuniti Petaling Jaya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge