ULANG TAHUN WARNER BROS KE-100 DI PAVILION BUKIT JALIL, BEST!

ULANG TAHUN WARNER BROS KE-100 DI PAVILION BUKIT JALIL, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti sekolah baru saja bermula, ada rancangan ke nak bawa anak-anak ke mana? Kalau tiada apa kata jom singgah Pavilion Bukit Jalil.

ULANG TAHUN WARNER BROS KE-100

Memandangkan cuti sekolah bakal bermula pada 26 Mei, peluang diambil untuk meraikan ulang tahun Warner Bros ke 100 bersama para pengunjung.

Sambutan kali ini di Pavilion Bukit Jalil dari 25 Mei hingga 25 June 2023. Pelbagai aktiviti menarik. tarikan dekorasi mahupun jualan barangan koleksi Warner Bros ada di sini.

Majlis meraikan ulang tahun Warner Bros ke-100 dan majlis pelancaran MID-YEAR FIESTA (MY FIESTA) telah diadakan di ruang tengah Pavilion Bukit Jalil.

Hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap.

Ketua Bahagian Perkongsian UOB Malaysia, Mr Fabian Poh dan Pengarah Bersekutu, Pelesenan Studio Pasific, Mr. Keith Ng mewakili Warner Bros. Studio tidak ketinggalan.

MY FIESTA

Perkara pertama yang menarik perhatian adalah menara air [ikonik Warner Bros. Studio] berdiri megah ditengah- tengah Centre Court -Aras 2. Jika dilihat ianya bagai memaparkan peredaran masa, momen serta adegan filem penting sepanjang penubuhannya.

Ada juga pelbagai hiasan bertema untuk pengunjung yang ingin mengabadikan moment indah seperti

-Platform 9¾ dari siri Harry Porter

-Tom & Jerry Animation Studio

Bukan setakat ada lakaran siap ada aktiviti mewarna untuk anak-anak

-Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo

-Pameran The Flash

Dimeriahkan lagi dengan siri pameran prop interaktif dan koleksi barangan yang telah digunakan di seluruh studio sejak 100 tahun lalu.

Antaranya francais Wizarding World, DC Super Heroes, Batman & Wonder Woman dan Anabelle

-Sitcom TV 90-an FRIENDS dan banyak lagi. 

Menarik bukan?

HADIAH EKSLUSIF DAN TERHAD ULANG TAHUN KE 100 WARNER BROS. STUDIO DENGAN PEMBELIAN

Bermula 25 Mei sehingga 25 Jun 2023, beli dan tebus set cenderamata ekslusif WB100 rasmi di Pavilion Bukit Jalil seperti:

Buku Nota A5 WB199, Bekas Air WB100 ataupun 1X cabutan bertuah baucar pembelian [RM50 atau RM100] untuk pemegang kad UOB atau CITIBANK

MY FUN ACTIVITIES

Ada lagi aktiviti lain seperti Pertandingan Cosplay yang bakal diadakan pada 10 Jun 2023.

Bawa si kecil ke karnival pengembaraan interaktif World of Nickelodeon yang pertama di Malaysia dan Pinkfong Baby Shark Adventure Ville oleh Toy World di aras 5 (Zon Oren)

Tanpa mengira peringkat usia, pastinya ada sesuatu keriangan menanti pengunjung untuk dinikmati di Pavilion Bukit Jalil sepanjang musim cuti sekolah ini.

Website Pavilion Bukit Jalil | Contact +603-8092 8888.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge