Treasures The Sea Buffet di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Treasures The Sea Buffet di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Adakah anda peminat makanan laut ? Yeszaa… makanan seperti ketam, udang, ikan, pahat, kepah dan sekeluarganya !! Kalau ye apa kata anda singgah ke Nook ,Aloft Kuala Lumpur Sentral dimana sekarang ini sedang mempromosikan Treasures The Sea Buffet. Meh , kita sharekan apa yang menarik tentang buffet kali ini

Treasures The Sea Buffet

Buffet Treasures The Sea diadakan setiap malam hujung minggu iaitu Hari Jumaat dan Sabtu bermula & julai 2017. Memandangkan ianya makan malam ia bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga untuk buffet ini ialah RM138 net untuk dewasa dan RM69 net untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

Hidangan Treasures The Sea Buffet

Menikmati hidangan makanan laut yang segar seperti udang, kerang, kepah, ketam mahupun mussel dan lain-lain pun ada . Makan secara begitu sahaja ataupun dimakan bersama perahan lemon antara pilihan yang ada. Inginkan kepedasan pada hidangan tambahlah sos Tabasco ye kengkawan. Antara yang sempat di rakam

Kalau tidak berapa gemar pada yang mentah dan segar , jangan risau jangan khuatir ada juga disediakan hidangan makanan laut yang di grill. Antaranya

Hidangan utama

Walaupun buffet Treasures The Sea tetapi masih ada lagi hidangan utama yang disajikan buat para tetamu yang ada. Ada yang dimasak bersama seafood dan ada yang tidak . Bagi KP kali ini hidangan yang menjadi pilihan adalah Rendang Kambing , Ayam Rotisserrie dan Seafood Au Gratin. Hidangan yang sempat dirakam 

Kepala Ikan Kerapu dengan sos Halia Kacang Hitam

Seafood Au Gratin

Ada juga Udang rebus dengan herba dan Wolfberries, Oyster Rockefeller, Ikan Kerapu dengan sos Tamarind Pedas, Mussel stim dengan Vermicelli, Ketam Bunga goreng dengan lada Sarawak, Udang Goreng Wajan dengan sos mentega dan lain-lain. Menu disajikan secara bergilir-gilir dengan beberapa pilihan .

Ayam Rotisserrie

Ikan Kerapu dengan sos Dill

Sotong Kering Kam Heong

Seafood dah sudah, hidangan utama pun dah so masa untuk dessert pula . Dessert di Nook, tidak pernah mengecewakan . Ada saja menu baru diketengahkan dan cara dihidangkan menarik perhatian tetamu yang hadir . Jom usha yang mana menjadi pilihan hati.

Kenyang perut sebab semua ada di sini di satu tempat . Buah-buahan yang dihidangkan cam old skool sebab pilih yang mana nak dan masukkan ke dalam plastik. Siap boleh letak asam, mahupun kuah rojak . Sekali- sekala makan besar apa salahnya kan .. Tak perlu pergi jauh dekat aje.. 🙂

 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bolehlah hubungi

Website Aloft : www.aloftkualalumpursentral.com

Contact : (60)3-27231188

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge