Resipi Nasi Beriyani Ayam Mudah Dari Rempah Mak Siti
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rempah Mak Siti bukanlah baru di dalam rempah ratus masakan di Malaysia. Pada yang biasa menggunakannya seperti KP salah satu sebab kenapa memilih rempah ini kerana setiap bahan-bahan yang di gunakan untuk memproses rempah adalah segar. Ia tidak mempunyai pewarna tiruan dan paling penting tiada MSG . HALAL ke produk rempah ini? EH !!! Mestilah Halal dan mendapat pengiktirafan dari pihak JAKIM
Kebetulan minggu lepas, ada family berbuka puasa dan kali ini giliran KP untuk memasak makanan menu utama untuk di jamu pada family. Jadi KP memilih untuk memasak resipi nasi beriyani ayam yang paling mudah dan simple. Kenapa mudah sebab menggunakan produk rempah Mak Siti semuanya jadi senang dan mudah . Nak tahu resipi nya , jom salin .. dan bila dah cuba masak nanti jangan lupa share tau
Resipi Nasi Beriyani Ayam
- 5 ulas bawang merah (mayang halus)
- 4 cawan air rebusan ayam atau boleh guna air biasa
- 4 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam lebih kurang 20 minit)
- 3 helai daun pandan simpul (untuk wangi)
- 2 paket Rempah Beriani Mak Siti (jadikan pes)
- 1 kiub ayam maggi
- minyak masak atau mentega
- rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga)
- gajus, daun ketumbar, daun pudina, dan kismis (hiasan)
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 ekor ayam (potong sesuai selera)
Cara Memasak Resipi Nasi Beriyani Ayam
#1: Minyak di panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan rempah 4 beradik dan bawang merah shingga garing dan wangi. Jangan lupa masukkan paket Rempah Beriyani Mak Siti dan tumis hingga pecah minyak.
#2: kemudian masukan ayam ke dalam tumisan tadi dan gaul sehingga ayam separuh masak. selepas tu masukan beras dan kacau sebati hingga beras separuh masak.
#3: masukan susu cair, kiub ayam, daun pandan, gajus, kismis, dan air. sisakan kismis dan gajus untuk hiasan yee
#4: kacau sekali-kali dan biarkan nasi hingga kering dan bila nasi dah kering kecilkan api, tunggu sampai nasi masak.
#5: akhir sekali, bila nasi dah masak gembur-gemburkan nasi dengan daun pudina dan taburkan ketumbar, gajus, dan kismis sebagai hiasan.
Nak lagi senang resipi nasi beriyani , boleh baca blog Pena Berkala tau .. ada juga resipi dikongsikan oleh anak bujang yang sorang nie.
Produk – produk Rempah Mak Siti
Pada yang biasa ke dapur untuk memasak pastinya tahu yang Rempah Mak Siti tidak pernah mengandungi MSG mahupun pewarna. Ada juga yang vegetarian menggunakan produk ini dalam masakan mereka. Produk-produk ini boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, hypermarket, supermarket seperti Tesco, Giant , Jusco jua Mydin. Kalau dapat jual di 7 -11 lagi menarik sebab 24 jam boleh masak dengan mudah menggunakkan rempah ini. Tahukah anda yang lebih dari 70 jenis produk rempah ratus keluaran Mak Siti diantaranya adalah
- Serbuk Rempah Kari Daging
- Serbuk Rempah Kari Ikan
- Serbuk Rempah Sup
- Serbuk Rempah Sup Soto
- Serbuk Rempah Rendang
- Serbuk Rempah Nasi Beriani
- Sup Tulang
- Sup Bunjut
- Sup Soto
Perlancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti Sambil Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim
Sebelum bermula pelancaran semula produk , ucapan dan kata kata aluan dari Pengurus Besar Rempah Ratus Mak Siti iaitu Puan Siti Khawa Jannah Nasuha sewaktu dipelancaran produk terbaru & Majlis Berbuka Puasa
Bukan setakat pelancaran tetapi diadakan juga majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Anak-anak yatim menerima sumbangan dari pihak Rempah Ratus Mak Siti untuk persiapan menyambut Syawal. Berbalik kepada pelancaran semula produk , kali ini dipelbagaikan produk yang ada dan paling best sekali dihasilkan produk rempah dalam botol disamping memperkenalkannya semasa Expo MIHAS 2017. Sambutan yang diberikan selepas diperkenalkan amat menggalakkan
Antara produk rempah yang di botolkan adalah
- Rempah Mak Siti adalah Emping Cili (Chili Flakes),
- Serbuk Cili,
- Serbuk Daun Limau Purut,
- Serbuk Kayu Manis,
- Serbuk Halia,
- Serbuk Lada Putih,
- Serbuk Ladan Hitam
- Serbuk Kunyit.
Antara menu yang di hidangkan pada para tetamu semuanya menggunakan produk Rempah Ratus Mak Siti seperti
Pada anda yang inginkan produk ini jangan lupa dapatkan di kedai runcit atau pasaraya yang berdekatan. Pastinya masakan anda lebih sedap dan lazat apabila menggunakan produk Rempah Ratus Mak Siti.
Ingin tahu maklumat lanjut boleh sahaja layari di
Website Mak Siti : http://www.maksiti.com/
Facebook Mak Siti : https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/
Instagram Mak Siti : https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti/
Tel : 069737508/509
WhatsApp : 0173309330
#ingatmakingatmaksiti
Terimakasih tips resepnya, akan langsung dipraktikkan..
hidayati recently posted…Snack Kerupuk Ikan Madura | 081 249 552 327