Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mencari Supplement, Cubalah Jus Lutox Dnars Pastinya Terpikat | Bila usia sudah meningkat tua pastinya memerlukan supplement agar badan menjadi lebih sihat dan bertenaga semestinya. Seperti ibu- ibu yang berkerjaya apabila ada supplement sebegini yang dapat memberi kesihatan yang lebih baik dan bertenaga pasti di cari-cari. Jika ingat lagi sebelum ini KP pernah berkongsi tentang entri tentang Jus Lutox Dnars Memberi Duit Raya !. Kali ini KP ingin berkongsi dengan lebih lanjut tentang produk ini
Produk Jus Lutox Dnars
Dari segi intipati kandungannya, jus ini menggunakan semua bahan semula jadi dimana ianya lebih kepada buah-buahan dan sayuran . Ini adalah diantara sebab apabila kita mencubanya terasa kemanisan disitu. Antara bahan yang utama terdapat didalamnya ialah dari kategori buah-buahan seperti lemon, markisa, delima manakala kategori sayur-sayuran adalah pegaga, bayam, halia , garam bukit dan bercampur sedikit dengan kurma dan madu. Haa.. tak sangkakan sesudu Jus ini sahaja memberi banyak khasiat di dalam tubuh badan apabila menikmatinya sebagai supplement. KP sebenarnya agak fobia tentang supplement kerana takut akan pewarna , perisa tambahan yang disertakan didalam intipati. Tetapi dengan Jus Lutox Dnars tidak perlu risau ya. Selain dari bahan-bahan yang disebutkan diatas bahan lain yang terdapat didalam Jus ini adalah
- Habbatus sauda
- Manna
- Kacang buah pinggang
- Cuka lemon
- Minyak zaitun
- Acai Beri
Adakah ianya HALAL dan mendapat kelulusan dari pihak mana? Ini adalah soalan yang biasa ditanya apabila seseorang ingin membeli produk ini. Setakat ini KP akan pastikan supplement sebegini mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM sebelum di review/diceritakan dalam blog KP/ Selain itu ya Sijil Pengiktirafan HALAL yang dikeluarkan adalah sah tanpa ragu-ragu atau was-was ya. Untuk menikmatinya mudah dan pasti senang di bawa kemana-mana sahaja . Packaging yang ringkas dan penting warna ungu pada botol dari jauh memikat hati KP ye.
Testimonial Jus Lutox Dnars
Dengan moto atau slogan mereka “Berdiri tegap dan bertenaga dengan Jus Lutox Dnars” memang sesuai dimana dari testimonial yang dibaca melalui webpage atau Facebook mendapat maklum balas yang bagus. Petikan testimonial yang diambil dari Facebook
“Pada mulanya, saya hanya cuba sebotol Jus Lutox Dnars, setelah diperkenalkan oleh rakan saya. Setelah cuba, saya terus rasai kelainannya. Saya makin segar, dapat kurangkan sengal2 bahu dan pinggang.” – Cik Rafizah Mamat
“Jus Lutox Dnars ada kelainan tersendiri kerana rasa buah yang lazat. Ramuannya yang penuh khasiat dapat membantu saya memulihkan tenaga dan badan merasa lebih tegap.” – En Helmi Mustafa“Saya dah cuba macam-macam sebelum ini, tapi tiada yang sesuai dengan saya. Jus Lutox Dnars diperbuat daripada buah-buah dan sayur, dan saya akui ia memang berkesan pada saya kerana saya tidak lagi merasai lemah lemah badan.” – Zubaidah Hairum
Kebaikan Jus Lutox Dnars
Asyik bercakap tentang produk pasti anda ingin tahu keberkesanan produk ini pada mereka yang mengamalnya. Antara kebaikan yang dapat dikongsikan adalah
- Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
- Menguatkan sistem imunisasi. Ini bagi melindungi dari penyakit
- Melancarkan peredaran darah dan proses penghadaman
- Membantu masalah angin didalam badan – Yang ini memang KP suka sangat
- Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
- Memelihara sistem saraf & menyingkirkan toksin didalam badan