TRANSFORMASI DATO’ SRI ALHA ALFA, AMAZING!

TRANSFORMASI DATO’ SRI ALHA ALFA, AMAZING!| Pasti kenal dengan figura Dato’ Sri Alha Alfa. Baru -baru ini menaja untuk program Semi Final Muzik-Muzik 38. Hari ini ada berita yang ingin dikongsikan.

Giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama.

‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan juga keluaran terbaru Alha Alfa Cosmetics.

TRANSFORMASI DATO’ SRI ALHA ALFA

Dato’ Sri Alha Alfa – figura bidang kecantikan terkemuka negara yang tidak asing lagi sangat teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

GRADIENT LIPS EDITION

Produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)

‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi).

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

Serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

PERFUME ALHA ALFA [AA] X UMIE AIDA

Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

SINGLE CINTA AGUNG FEAT ZARA ZYA

Mungkin ramai yang tidak sedar di luar sana, Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

“Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini.

GENG KARAOKE

Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’.

Kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya.

Lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya.

ALHA ALFA COSMETICS [AAC] MENDUNIA

Keberadaan jenama AAC sudah pun menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

“Berdasarkan DM (mesej terus) yang diterima, AAC mendapat tempat di hati pengguna Eropah dan Timur Tengah. Mereka memuji kualiti produk kami malah meminta membuka cawangan di sana.

Tetapi pada tahun hadapan kami akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia. 

DIARI HATI DATO’ SRI ALHA ALFA

Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti.

“Saya hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang saya harus pelajari.

TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA

Hakikatnya, saya tidak mempunyai yang ‘niat khas’ untuk menampilkan ‘sisi lain Alha Alfa’. Apa yang saya lakukan hanyalah bertujuan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

KENANG KEMBALI SEBAGAI MUA

“Mengenang kembali permulaan sebagai seorang MUA (jurusolek artis), ramai rakan selebriti yang memberi sokongan, kepercayaan mereka berikan tidak mampu saya balas.

Oleh itu, saya beranggapan, dengan cara menaja anugerah-anugerah seperti AJL38 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan cara saya mengungkapkan terima kasih kepada sebuah industri yang amat bermakna kepada saya. 

“Sebagai contoh, penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat.

Biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.

SUKA CABARAN

“Saya seorang yang sukakan cabaran, tetapi saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Namun apabila diasak oleh rakan-rakan terdekat, saya akan menyahut cabaran tersebut. 

“Fokus utama saya kini adalah Alha Alfa Cosmetics (AAC). Memastikan jenama kami dapat bersaing dengan jenama antarabangsa yang terlebih dahulu bertapak di industri kita. 

“Dengan momentum yang ada pada jenama AAC, saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan AAC ebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia. 

“Dan andai benar kini saya dilihat sebagai seorang selebriti, mudah-mudahan saya dikenali dan diingati. Dari kehebatan produk kosmetik yang saya hasilkan, dan inilah perancangan masa hadapan saya.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge