CONCERT UK’SLAM MUSICAL 3 FEB 2024, APA YANG BEST?| Pernah menjadi siulan pada tahun 1990an dan lagu mereka selalu berkumandang di radio. Rupanya sudah tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini,

UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan).

Bakal membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia.

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Semestinya bersama dalam CONCERT UK’SLAM MUSICAL pada 3 FEB 2024 di Stadium Melawati, Shah Alam.

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise.

Mewah Event Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket.

KUMPULAN UK’S

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar).

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

KUMPULAN SLAM

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis.

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Juga Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).

BERGABUNG ATAS SATU PENTAS

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama.

Merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatu.

KONSEP PERSEMBAHAN

Dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui elemen visual dan muzikal.

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan. Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing.

Masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.

ELEMEN PERSEMBAHAN

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

MAGIS

Ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

GABUNGAN DUET

Membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung.

Bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka.

ANTARA LAGU DARI UK’S

Himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya ,

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Kembali Mencari, Keka- sihku Di Menara, Seksa, Kau Satu Satunya, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku,

Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s. 

LAGU DARI KUMPULAN SLAM

Manakala antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin,

CONCERT UK’SLAM MUSICAL

Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Ber- paling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana,

Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.

HARGA TIKET

GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).

RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating), GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating), PURPLE – RM148 (Free Seating)

Website Tiket | +60 11-1329 7822 (Whatsapp)

Credit photo : Maestro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge