RECAP 2024: PRIHATIN DAN ROYALE CHULAN TERIMA SOKONGAN LUAR BIASA, AMAZING!| Selamat Tahun Baru 2024 buat semua! Terima kasih buat semua diatas sokongan yang diberikan.

RECAP 2024

Royale Chulan Prihatin New Year [RECAP 2024] . Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional [PRIHATIN] dengan kerjasama Royale Chulan telah berlangsung dengan meriah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

GLAMOROUS NIGHT

Majlis makan malam bertemakan ‘Glamorous Night’ diadakan dengan tujuan mengumpulkan dana untuk program kebajikan Yayasan Prihatin Nasional [PRIHATIN].

Dana yang terkumpul akan disalurkanke Tabung Kasih Prihatin.

Bakal digunakan untuk memperluaskan aktiviti dan program termasuk pendidikan kepada pelajar cemerlang, bantuan kesihatan, bantuan musibah juga bantuan kemanusiaan di Palestin

BERHIBUR SAMBIL MENDERMA

Konsep untuk malam ini lebih kepada ‘Berhibur Sambil Menderma’ dimana disajikan dengan persembahan daripada barisan artis terkemuka tanah air.

Antaranya Dayang Nurfaizah, Shiha Zikir, Haziq Rosebi, Nizam Laksamana, Zarul Umbrella, Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.

Sambil berhibur, para tetamu dapat beramal dengan menghulurkan sumbangan yang akan di salurkan secara terus ke Tabung Prihatin untuk tahun yang akan datang.

KERJASAMA ANTARA DUA

‘Kerjasama antara PRIHATIN dan Royale Chulan ini dijalankan bagi mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada Tabung Kasih Prihatin.

Saya juga dimaklumkan bahawa penyumbang akan diberikan pengecualian cukai. Semua sedia maklum dimana Royale Chulan amat mementingkan kualiti daripada segi servis, makanan dan sebagainya.

RECAP 2024: PRIHATIN DAN ROYALE CHULAN

Melalui RECAP 2024 ini, para tetamu dapat menikmati hidangan majlis makam malam yang kami adakan dengan kerjasama dan bantuan daripada PRIHATIN.

-kata Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Encik Badrul Rezal Baharudin.

KEPERCAYAAN

PRIHATIN dan Royala Chulan telah banyak menjalinkan kerjasama sebelum ini. Cuma ada keunikkannya untuk majlis makan amal kali ini.

Kami bawakan barisan artis terkemuka tanah air untuk mempersembahkan nyanyian lagu daripada kombinasi genre yang pelbagai khusus untuk para jemputan.

Penyumbang majlis amal makan malam amal ini terdiri daripada kategori badan korporat.

TERIMA KASIH

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi-organisasi yang turut serta. Juga pada penyumbang yang ikhlas menyumbangkan sokongan pada malam ini.

Usaha dan sokongan padu daripada syarikat korporat dan NGO adalah kekuatan yang amat PRIHATIN hargai dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan. Terutama dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

-kata Ketua Pegawai Eksekutof Yayasan Prihatin Nasional, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali

FOKUS PRIHATIN

PRIHATIN sentiasa berusaha secara proaktif falam melaksanakan progtam kebajikan. Fokus utama adalah untuk memperkasa dunia pendidikan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di persada dunia.

RECAP 2024: PRIHATIN DAN ROYALE CHULAN

Komited untuk memastikan bahawa golongan yang kurang berkemampuan tidak terpinggir dari menerima bantuan yang sepatutnya.

RECAP 2024: PRIHATIN DAN ROYALE CHULAN

Setakat ini, PRIHATIN telah membantu lebih daripada 2,000 orang mahasiswa yang kurang berkemampuan dan menyasar lebih lagi penerima manfaat ini.

Hasil sumbanagan yang diterima melalui organisasi korporat dan badan-badan NGO akan dipertanggungjawabkan melalui Tabung Kasih Prihatin.

Akan disalurkan untuk menyokong pelaksanan program kebajikan PRIHATIN

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge