THE CURVE FOOD FIESTA 2021 ADA MACAM- MACAM BEST! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa kaki makan atau suka food hunting, sila angkat tangan!
THE CURVE FOOD FIESTA
Untuk anda yang kaki makan dan take ke mana-mana weekend nie apa kata meh singgah di the Curve. Tak nak cite banyak tapi pelbagai pilihan ada disinj. Dari hidangan barat, Asia mahupun tempatan.
Belangsung dari 4 hingga 7 November 2021 di the Centre Court – the Curve . Di Piazza pun ada berhadapan dengan air pancut eCurve.
SIAPA DIANTARA VENDOR
Dalam 20 vendor terlibat dimana masing-masing menawarkan hidangan ‘signature’ mahupun homemade. Vendor yang terlibat dibawakan oleh Jovian Mandagie melalui HEYHO!
APLIKASI HEYHO!
Mungkin ada diantara anda sudah menggunakan aplikasi ini. Tapi bagi KP ini adalah kali pertama menggunakannya. Menarik kerana terdapat banyak pilihan citarasa. Rupanya lebih daripada 800 hidangan boleh dipesan dan cuba melalui aplikasi ini.
Melalui platform ini sebenarnya dapat membantu pengusaha atau peniaga kecil yang berniaga dalam industri makanan/minuman. Terutama sekali di waktu sekarang dimana perniagaan baru bangkit kembali.
Peluang terbaik untuk melebarkan sayap mahupun menaikkan jenama untuk memperkenalkan produk.
APA YANG BEST Di THE CURVE FOOD FIESTA
Banyak pilihan dari hidangan tempatan, antarabangsa mahupun Asia. Nak hidangan berat atau ringan, manisan atau minuman. Tinggal order dan bayar. Antara yang menarik
PROMO THE CURVE FOOD FIESTA
Ingat tau, bila order nanti gunakan aplikasi HEYHO sewaktu berada di sini. Sebelum membuat pembayaran, jangan lupa isikam kod nie ‘HEYFIESTA’ . Secara automatik akan dapat RM5 diskaun. [Sah untuk diguna pada THE CURVE FOOD FIESTA]
Bolehlah guna dan pilih self pick up tau bukan delivery😂. Pembayaran boleh dibayar melalui e-wallet atau online banking.
APA YANG BEST!
⁃ Pengasas HEYHO Dato’ Jovian Mandagie turun padang membuat demo masakan pada 4 November 2021
⁃ Team Adabi pun turut membuat demo masakan pada jam 2 petang 5 November 2021
⁃ Nantikan kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza jam 1 petang 6 November 2021 seisi bertemu petang. Jangan lepaskamn untuk menyaksikam persembahan dari Dato’ Siti nanti.
⁃ Kenal dengan Yatie Kitchen [Influencer]? . Bakal berkongsi resipi melalui demo masak jam 2 petang 6 November 2021
BUSKER
Yup, sambil menjamu selera bakal dihidangkan juga persembahan busker setiap hari dari 12 – 2petang & 6 – 9malam.
MAKAN KAT MANA?
Nak makan ada meja kerusi ke? Ada tau, dekorasi dan tempat makan yang selesa.
Masih mengikuti SOP yang ditetapkan juga penjarakan sosial. Tempat makan juga selalu di sanitasi terutama selepas pengunjung berangkat pulang.
ADABI
Ada demostrasi masakan dari pihak Adabi dimana berkongsi resipi menggunakan produk-nya. Yang penting cepat, mudah dan senang.
Kalau bernasib baik boleh menagi hadiah hamper sewaktu kuiz berlangsung.
PIAZZA CENTRE
Ingat lagi pada Piazza Centre. Terletak di antara eCurve dan the Curve. Di tengah kawasan air pancut. Kelainan di sini dan Centre Court adalah ‘food truck’.
Lebih kurang 7 food truck mengambil bahagian di the Curve Food Fiesta. Ianya adalah kolaborasi antara the Curve dan Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association.
PROMO THE CURVE
Untuk sepanjang November ini, berbelanja RM50 dan ke atas didalam satu resit atau lebih, jangan lupa tebus RM20 voucher tunai. [maksima 2 resit].
Berbelanja lebih RM350 ke atas didalam satu resit atau lebih, ingat tau tebus RM50 voucher tunai [maksima 2 resit & mengikut T&C]. Layari
Website | Facebook | Instagram