Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • WALK-A-MILLION-MILES NESTLÉ OMEGA PLUS VIA VIRTUAL CIPTA 1,176,666 BATU, AWESOME!

WALK-A-MILLION-MILES NESTLÉ OMEGA PLUS VIA VIRTUAL CIPTA 1,176,666 BATU, AWESOME!

Nannie IsaNovember 8, 2021November 11, 2021

WALK-A-MILLION-MILES NESTLÉ OMEGA PLUS CIPTA 1,176,666 BATU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta orang dewasa di Malaysia.

Isi Kandungan tutup
1 WALK-A-MILLION-MILES
2 LANGKAH SEHARI
3 INISIATIF WALK-A-MILLION-MILES
4 NESTLÉ OMEGA PLUS

Berdasarkan tema ‘Melangkah Bersama, Jantung Dijaga’, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi berganding tangan dengan YJM dan Yayasan IJN. Ini untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar tampil memerangi kolesterol tinggi. Selain membantu mengutip dana untuk pesakit jantung yang memerlukan.

WALK-A-MILLION-MILES

“Kami sangat berbangga dengan pencapaian tahun ini! YJM dan Yayasan IJN telah sekian lama menjadi rakan kerjasama inisiatif kesihatan jantung kami. Ini kerana misi ini sangat dekat dengan hati kami di NESTLÉ OMEGA PLUS.

Jadi, kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan turut menghargai sokongan padu semua peserta dalam acara Walk-a-Million-Miles 2021. Merekalah yang telah menyumbang kepada matlamat satu juta batu kami serta membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung di seluruh negara,”

-demikian kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

LANGKAH SEHARI

Secara puratanya, setiap peserta mencatatkan 7,200 langkah sehari, yang menyumbang kepada purata bulanan 216,000 langkah setiap peserta sepanjang bulan September.

Angka ini jauh lebih tinggi daripada purata 3,963 langkah[1] sehari yang dicatatkan oleh rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan sikap proaktif rakyat Malaysia dalam membudayakan kesihatan jantung.

“Seiring peningkatan penyakit jantung, sangat pentingnya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat jantung untuk diri sendiri serta keluarga tersayang. Berjalan 10,000 langkah setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Pencapaian yang diraih oleh rakyat Malaysia dalam inisiatif Walk-a-Million-Miles tahun ini amat memberangsangkan, kerana ia menunjukkan kita sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara yang sihat jantung.”

– Dato’ Gurbakhash Singh dari YJM berkongsi

INISIATIF WALK-A-MILLION-MILES

“Inisiatif Walk-a-Million-Miles merupakan peluang yang baik untuk mendekati dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta NESTLÉ OMEGA PLUS atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pesakit jantung yang memerlukan.”

– kata Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong dari IJNF

Pesakit jantung di IJN, Sokalingam Karuppiah berpendapat bahawa inisiatif seperti Walk-a-Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan. “Saya tidak mampu membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS akan membantu saya dengan sebahagian daripada kos rawatan saya, saya amat bersyukur. Saya menyokong Walk-a-Million-Miles dan berjanji untuk menyumbang balik semampu yang boleh agar insan lain yang memerlukan turut berpeluang mendapat bantuan.”

NESTLÉ OMEGA PLUS

NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka dengan kekal aktif serta memilih makanan yang sihat jantung untuk menguruskan paras kolesterol.

Ia termasuk pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari, yang mengandungi ActiCol®, 1.2g tumbuhan sterol, yang terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam badan [2]

“NESTLÉ OMEGA PLUS sedang giat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri. Kami menggalakkan orang ramai agar terus menguruskan kesihatan jantung mereka dengan bersenam.

Mengamalkan diet yang sihat jantung dan mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS. Kami berharap anda akan terus menyokong Walk-a-Million-Miles pada tahun hadapan.”

-kata Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia).

Website | Facebook |

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
NESTLÉ OMEGA PLUS, WALK-A-MILLION-MILES

Post navigation

Previous: KHAENAK: SERANGAN POCONG DI ASTRO FIRST, SCARY WEI!
Next: AL-IKHSAN x MALAYSIA RUGBY LANCAR JERSI PASUKAN AWESOME!

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa
PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}