Posted in

TEX CYCLE KUKUHKAN AGENDA ESG- SEMUA RESOLUSI AGM KE-22 DILULUSKAN, TAHNIAH!

AGM TEX CYLCE

Tex Cycle Lulus Semua Resolusi AGM Ke-22, Fokus Perkukuh Pertumbuhan ESG & Penyelesaian Alam Sekitar.

TEX CYCLE

Tex Cycle Technology (M) Berhad (“Tex Cycle” atau “Kumpulan”), antara pemain utama dalam industri pengurusan sisa dan kitar semula di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju penyelesaian alam sekitar apabila semua resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) ke-22 berjaya diluluskan oleh para pemegang saham.

Perkembangan ini mencerminkan keyakinan berterusan pemegang saham terhadap hala tuju strategik Tex Cycle dalam memperluaskan platform penyelesaian alam sekitar serta memperkukuh pertumbuhan mampan jangka panjang selaras dengan agenda ESG dan sasaran sifar bersih negara.

AGM TEX CYLCE

AGM KE -22

Dalam AGM tersebut, para pemegang saham menerima Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 bersama Laporan Pengarah dan Laporan Juruaudit. Selain itu, pemegang saham turut meluluskan pembayaran yuran dan faedah Pengarah sehingga RM350,000.

Turut mendapat kelulusan ialah pemilihan semula Datuk Low Chin Koon dan Ho Ai Hoon sebagai Pengarah, selain pelantikan semula HLB Ler Lum Chew PLT sebagai Juruaudit Syarikat.

PEROLEH KELULUSAN PEMEGANG SAHAM

Dalam masa sama, Tex Cycle turut memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pembaharuan kuasa untuk mengeluarkan dan memperuntukkan saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016. Cadangan pembaharuan kuasa untuk pembelian semula saham syarikat sehingga 10% daripada jumlah saham diterbitkan juga diluluskan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass A/L Anthony Francis, AGM kali ini menjadi platform penting untuk berkongsi perkembangan syarikat, keutamaan strategik dan perancangan jangka panjang bersama para pemegang saham.

AGM TEX CYCLE

PERKUKUH KEUPAYAAN RENTASI PELBAGAI SEGMEN

Beliau berkata Tex Cycle akan terus memperkukuh keupayaannya merentasi pelbagai segmen termasuk pengurusan sisa terjadual, sisa elektronik, pemulihan kompos dan organik, rawatan sisa minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.

“Tex Cycle kekal fokus untuk membina platform penyelesaian alam sekitar yang lebih kukuh, pelbagai dan mampan. Kami juga akan terus melaksanakan pelan pertumbuhan dengan disiplin sambil mempertingkat kecekapan operasi serta meneroka peluang yang selari dengan agenda kemampanan Malaysia,” katanya.

TANGGUNGJAWAB SELARAS DENGAN PIAWAIAN ESG GLOBAL

Kumpulan itu juga menegaskan komitmennya dalam menyokong industri tempatan beralih kepada amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab dan selaras dengan piawaian ESG global.

Dengan sokongan berterusan daripada para pemegang saham, Tex Cycle optimis untuk terus mengembangkan portfolio penyelesaian alam sekitar serta mencipta nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan dalam landskap ekonomi hijau yang semakin berkembang di Malaysia.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *